Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label My Pets N Haiwan Peliharaan. Show all posts
Showing posts with label My Pets N Haiwan Peliharaan. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Berita Tergempar bagi peminat ikan belaan!

Dah besar dah ikan aku ni, sayang plak umur mereka tak lama.
Walaupun besar, tapi aku tak sanggup nak makan ni, kseian tengok dan tak sampai hati, tapi dah ada org booking
Semalam satu kejutan bagi aku, sebelum turun bermain badminton, aku lihat ikan lampam aku tercungap-cungap macam keletihan bermain badminton juga, yang penting Chong Wei menang lagi Malaysian open semalam. Aku memang dah ada kerisauan melihat keadaan ikan aku yang kemungkinan akan mengalami situasi nyawa-nyawa ikan. emm...aku biarka jak, aku mau turun main badminton, nanti balik aku tau ler berita ikan kesayangan aku tu. Lepas tu aku balik, wah! terkejut ku melihat, bukan sekor jak yg nyawa2 ikan, kedua-dua lampam aku dah gone dah....waduh....sanyang sekali woo..itulah ikan aku yg terbesar dalam akuarium aku. Genap betul2 setahun dah usia ikan tu, akhirnya menghembuskan air terakhir mereka. Lepas tu aku buat la bedah siasat, rupanya faktor kematian mereka adalah tidak tahan kerana makan udang yang aku bagi pada pagi itu, airnya menjadi keruh dan mungkin menyebabka air beracun. aku dah tukar air. sebelum tu, last week ikan Sultan aku yang mati, akibatnya tidak tahan kena air hujan, aku simpan sikit air hujan, tapi akhirnya...ikan Sultan aku plajk mati. Takziah kepada ikan-ikan aku yg tinggal.

Read more...

Friday, May 7, 2010

Akuarium Idaman VS Akuarium yg aku ada

Akuarium saya sekarang
Ingat tak sebelum ni aku postkan mengenai akuarium idaman aku , nampaknya akuarium idaman aku tu sudah 80% tercapai setelah aku memiliki akuarium aku sendiri yang tidak seberapa tu dengan saiz 4 kaki panjang sahaja. Syukurlah dah dapat ku miliki akuarium sebegini, baru lagi ni, kalau lama-lama nanti mungkin lebih cantik. Harga semuanya pun boleh tahan jgak. Permulaan ni aku bela ikan Tengadak dan Ikan Lampam atau ikan Mengalan dalam bahasa Iban, menurut datuk sayalah. Kuat makan ikan ni, sekejap jer aku bela dah besar dah huhu...memang diakui oleh saya sendiri, melihat ikan di akuarium adalah satu terapi yang berkesan untuk menenangkan dan merehatkan otak terutama jika baru balik kerja atau sebelum tidur untuk menatap telatah ikan-ikan yg berenang dengan telatah dan sifat tersendiri ikan tersebut.Akuarium Idaman

Read more...

Thursday, October 29, 2009

Akuarium Impian Aku

Semalam, boring-boring aku pun terpandang akuarium aku sebelah tu, maka timbulah idea nak lukis akuarium idaman aku. Memang aku plan nak buat akuarium ni kat rumah aku nanti. Jika budjet mencukupi, aku akan laksanakan. Ni aku lukis mengikut saiz sebenar dengan skala sekali mengikut ukuran yang ada di bahagian rumah aku, ukuran panjang akuarium ni adalah 6 kaki x 2 kaki dengan ketinggian kacanya 2.3 kaki. inilah step lukisan simple yang sempat aku buat menggunakan Software Ilustrator CS3 dan Photoshop CS3e.

Read more...

Wednesday, October 21, 2009

Beli Ikan Kelah

Balik dari exam tadi aku ngan kekawan pegi lagi ke kedai akuarium jual ikan dimana tempat yang kita selalu kunjungi untuk membeli ikan dan makanan ikan di Batu 16 di Rawang. Dah lama aku nak beli ikan kelah yang aku gemar tu, baru tadi aku bernasib baik kerana ada jual ikan kelah hijau, so aku beli la seekor dengan harga rm4.oo. Ikan kelah merah pun ada, tapi harganya mahal plak, rm 15.00 seekor tapi kecil halus, aku takut ia mati plak, rugi beli mahal tu, tunggu ikan tu besar sikit baru aku beli hehe, tu pun kalau ada lagi nanti, laku tul ikan tu, selalu jer sold out la. Akuarium aku pun dah penuh dengan ikan Lampam dan ikan sungai dari sungai di Pahang Bentong kawan aku bagi, dalam akuarium dia, aku ambik hehehe...2 ekor, lampam 2 ekor tambah kelah ni seekor. Next time aku beli kelah merah plak hehe...akuarium aku tak dapat menampung ikan-ikan tu. Aku tak sempat nak ambik gambar ikan tadi, sibuk tul time exam ni, esok last paper, pas esok memang lega.
Gambar diatas adalah gambar kelah yang lain dan bukan gambar kelah saya
  • Di Sarawak, ikan Kelah ini lebih dikenali sebagai Ikan Semah, betul ker?

Read more...

Thursday, October 8, 2009

Projek Ikan Keli

Hari ini hari cuti bagiku, dan tiada kerja nak buat gak, biasaler petang-petang memang memboringkan kalau tanpa diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Petang-petang sebelum ni kita orang selalu bermain badminton kecuali petang ni kerana dalam dewan dah disusun meja utk Majlis Hari Raya esok. Aku ajak Kimi pg Rawang aku nak beli anak ikan gapi nak simpan dalam akuarium aku yg ari tu dah mati anak ikan gapi, aku beli jgak seekor anak lampam nak simpan dalam akuarium aku satu lagi. Kimi pun belilah anak ikan keli nak simpan dalam tong katanya, itu adalah projek kami berdua pada awal tahun hari tu, memang nak bela anak keli tapi projek tergendala memandangkan kesibukan, sehingga petang ni baru kami berdua tertunaikan plan yang dah dibuat pada tahun lepas sebenarnya, tong tu ada cerita tersendiri jgak nak dapatkannya. Sebenarnya bela ikan ni adalah sebagai hobi jer, bukan satu projek pun. Kami memilih meletak kolam tong ikan ni di belakang rumah Kimi, dan tempatnya adalah memang terbaik kerana redup dan ianya berada di bawah pokok. dan berikut adalah gambar tadi yg sempat dicuri oleh aku sewaktu proses kolam ni.
Tong diletakan di bawah pokok di belakang rumah Kimi
Setelah menutup lubang "blow" menggunakan kayu dan silikon, tong tersebut dicuci
Setelah diisi air secukupnya, air dlam tong tersebut dicampur sedikit dengan anti klorin sebelum memasukan ikan kedalamnya.
Selepas itu, ikan keli dimasukan. Ada lima ikan keli dimasukan ke dalam.
Inilah ikan keli yang comel tersebut.
Tong tersebut sangat sesuai diletakkan dibawah pokok, ia ibarat sungai / kolam di bawah rimbunan pokok-pokok dan kicauan burung...aik ada kaitan ngan burung ker?
Inilah mamat yang bernama Kimi itu, kawan aku merangkap jiran aku, hensem tak dia? belum kawin lagi, single tu...borang ada lagi kalau nak isi...aik sempat iklan lagi, tak per...dia dah bayar iklan tu.

Read more...

Sunday, May 10, 2009

Haiwan Peliharaan Bebudak Aku yang lain plak

Ha, inilah satu lagi haiwan peliharaan bebudak aku yang satu lagi, haiwan berbahaya jugak ni iaitu labah-labah, mereka menangkap labah-labah ini dan disimpan di dalam bekas. lelabah ini mereka tangkap di ranting-ranting pokok,cecelah dinding dan di cecelah daun. Tujuan mereka menyukai labah labah ini adalah untuk dilagakan sesama sendiri. selain lelabah, mereka juga menangkap anak kala bagi tujuan yang sama. tapi saudara-saudari semua jgn salah sangka bahawa saya tidak melarang dan mengajar mereka jgn menyeksa binatang, dan bahayanya kpd mereka jika saya melihat mereka berbuat seperti ini, saya akan segera mengarahkan mereka melepaskan haiwan tersebut.jangan mencuba aktiviti ini di rumah anda, bahaya!

Read more...

Haiwan Peliharaan Bebudak Aku

Dalam pada aku memelihara ikan yg comel dan cantik dalam akuarium, bebudak aku lagi taiko, dorang pelihara haiwan esotik ini yang sangat menjadi kegelian dan menakutkan bagi kebanyakan orang iaitu ULAR. Pagi tadi aku pg kejutkan budak aku bangun sarapan pagi kat asrama, aku terkejut lagi kerana ular peliharaan dorang dah bertukar wajah, semalam ular jenis lain 2 ekor, hari ni plak ular jenis lain plak. Macam-macam karenah budak aku, hari tu ada yg bela anak musang lah, kucing (biasa la), mengkarung, sesumpah, labah-labah, kumbang, belalang, katak,ikan dan banyak lagilah, yg penting dorang terhibur dan selamat duduk kat pusat ni. Korang yang berperangai biasa jgn bela haiwan spt ni tau, bahaya! bebudak aku tak per lah, memang dah exspert.

Read more...

Haiwan Peliharaan Aku

Hai, yang dua keping tu adalah gambar siput dalam akuarium aku, pada asalnyer siput tu kecik jer, sekarang dah jadi bapak siput dah, amacam,jernih tak air akuarium aku :-). Yang lagi satu tu bukan haiwan peliharaan aku, itu cicak kat rumah kawan aku time kita org angkat brg dia pindah semalam, bermacam-macam jenis cicak dan katak yang ganjil semalam aku jumpa, yang ni aku sempat rakamkan, yang lain tak spoting. tah, aku pun tak tau nama saintifik cicak ni.

Read more...

Friday, May 8, 2009

My Lovely Aquarium

Inilah akuarium aku yang memuatkan ikan kesayangan aku yg dikenali CICHLID yang habitat sebenarnya kat Tasik Malawi di Afrika. Sebelum ni aku pelihara ikan ni terdiri drp pelbagai warna diantaranya warnia biru, belang, putih, kuning, belang hitam kuning putih, silver dan belang biru. Tetapi sayangnya semuanya telah mati sewaktu ditinggalkan aku sewaktu kursus selama 3 bulan kursus kat ISM. Ada yg mati tertimpa batu disebabkan ikan bandaraya aku mengamuk kot. dan kebanyakannya mati kerana air dah berasid dan penuh ammonia kerana tak ditukar. dan ini adalah ikan aku yg baru jenis cichlid juga, 3 ekor jer, sblum ni aku pelihara 8 ekor.
Ini pulak akuarium aku yang kedua, habitat dalamnya adalah ikan gapi dan tumbuhan akuatik hidup dan siput air. ikan gapi aku terdiri drp 2 ekor jantan dan 2 ekor betina. Baru semalam aku beli yang betina. Petang tadi, aku baru habis mandi, aku terpandang kat akuarium aku ni, aku fikir ada sampah kecil terdapat dlam akuarium aku ni, aku amati bebetul....padahal benda yg aku ingat sampah tu adalah anak-anak gapi tersebut (nampak tak dlm gmbr ni?)....lajunyer...baru semalam aku beli gapi betina, petang ni dah beranak dah..huhu...sangat mudah gapi ni, baru sehari bersama dah melahirkan anak, alahai...penuh lah akuarium aku nanti...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP