Percubaan Pertama
Percubaan pertama menggunakan D60.....masih belum mantap, baru belajar, ada gambar lagi di mcmrindspix.blogspot.com
Percubaan pertama menggunakan D60.....masih belum mantap, baru belajar, ada gambar lagi di mcmrindspix.blogspot.com
Tadi aku selongkar stor aku kat belakang nak cari tukul dan paku, aku terjumpa satu jasad yang tak bernyawa ini terdampar mati dan kekeringan seperti sotong kering di atas tangga stor aku. Kesian, kalau tak mati tua, cicak ni mungkin mati bergaduh kot. Kelihatan seni sangat, so aku apalagi, shoot terus la....
haha, ni lah kocakan air dalam mesin tu, kalau cuci pakai tangan...emm....seminggu sekali la cuci hehehe
Ini lah lembu yang ditambatkan dan bakal menjadi korban pada 15 nanti. Lembu-lembu inilah yang mengisi kekosongan padang bola kami jika tiada kami dan bebudak kami yang belegar di padang tersebut. dan lembu inilah yang menjaga,memberi baja dan memakan rumput padang kami tu. Jasamu tetap dikenang lembu.
Ini adalah bekas rumput yang ditebas oleh bebudak aku di sebelah kandang lembu untuk di bagi makan lembu tersebut.
Ini adalah sungai di belakang Pusat kami, sewaktu aku memeriksa dan memantau lembu tersebut aku mengambil gambar sungai tersebut dan berenang hehehe...sungai ni dari gunung kat Hulu Selangor. Disinilah bebudak aku selalu mandi dan selalu dihambat aku untuk balik, bukan tak bg dorang mandi,tapi risau dengan keselamatan dorang juga kan, aku time sebaya dorang ni lagi la nakal, lagi dalam dan deras sungai tempat aku bermain, berenang dan menyelam haha..berbanding dorang kira aku la otai haha..
Just for update my pic, coz we berjauhan nun jauh disana my wife, di kepulauan borneo, and me here in Malaya. Miz her and our baby coming soon :-)
Semalam hujan yang jatuh hanya melalui pili ini ke tangki Syabas ini. Cuaca sangat panas di KL semalam.
Cuaca yang panas mengakibatkan kereta kami mengalami kepanasan temperature yang memaksa kami berhenti 2 kali di bahu jalan semalam.
Terung yang sudah matang/tua berwarna Orange, rasanya masam dan sesuai untuk masakan sup yang ada rasa masam sedikit. Jika yang muda ia berwarna hijau dan mempunyai rasa yang berlainan dan tersendiri dengan terung matang ini. Biasanya selonggok seperti diatas ini dijual dengan harga RM6.00! 3 ataupun 4 biji untuk terung yang matang oren ini, yang hijau murah sedikit.
Ini adalah masakan rusa salai yang dimasak sup dengan terung yang separa matang/ hijau kuning.
Hari ini saya ronda-ronda ke Kerling di Hulu Selangor di sebuah perkampungan di area Kuala Kubu Selangor untuk menyaksikan sendiri Perayaan Thaipusam bagi pengganut Hindu. Sangat meletihkan juga tetapi sangat memuaskan kerana dapat menyaksikan secara live Kavadi. Biasanya saya menonton di TV dan melihat di Gambar sahaja mereka yang menusuk badan mereka dengan pelbagai jenis peralatan.
Pada mulanya saya nak ke Batu Cave, tetapi jalan sangat sesak kerana ada perarakan Thaipusam ini, sangat banyak orang. Oklah saya kongsikan sedikit gamabar Hari Thaipusam disini.
Hari Insnin yang lepas aku ronda-ronda ke Batu Cave untuk meninjau persiapan kaum India sebelum merayakan Hari Thaipusam. Persiapan khemah dan gerai-gerai sudahpun dimulakan sejak hari isnin lepas seminggu sebelum Thaipusam bermula iaitu esok 08.02.2009. Seperti yang kita sedia maklum, menjelang Hari Thaipusam jalan ke Batu Cave sememangnya akan sesak sehingga tidak dapat dilalui begitu juga jalan bandaraya kerana perarakan thaipusam.
So, saya mengambil kesempatan meninjau tempat perayaan tersebut untuk melihat persiapan mereka sebelum berpuluh ribu pengganut Hindu membanjiri Batu Cave esok.Saya mungkin tidak dapat menembusi berpuluh ribu orang untuk menyaksikan Perayaan tersebut di Batu Cave,esok saya akan ke Kerling di Hulu Selangor untuk melihat secara live sambutan Thaipusam.
Di pasar lama inilah tempat aku selalu di bawa ayah dan emak aku selalu shoping dulu, waktu cuti ke sekolah, beli kasut dan pakaian sekolah...dan di kedai makan tingkat atas tu tempat kami dan adik dibawa ayah makan nasi ayam. tak akan ada pergi ke kedai lain, dari kampung...pergi Miri, gerenti pergi ke pasar lama Miri ini jer...Bila terkenangkan waktu itu, so miz that time...
Miri-
© Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP