Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Aku benci Tabiat Pelupa Tegar Aku!

Benci betul aku ngan tabiat pelupa yang aku miliki sekarang ni, setiap hari mesti ada kerja/barang atau apa-apa yang sering aku terlupa. Benda yang serimg aku lupa adalah password aku, wallet, kunci kereta, botol air, tugasan, dan yang paling kerap berlaku adalah aku terlupa nak bawa handphone turun kerja....ini yang paling aku benci, lupa handphone time turun kerja...dah separuh jalan dah aku..terpaksa patah balik ke rumah ambik handphone...lepas tu memang terperangkap dalam trafik jem....arrhhhgg...pagi ni aku terlupa lagi hp aku...aku tak patah balik, biar jer, malamaku jem lagi...so sapa-sapa nak cari aku, kalau aku tak jawab....maknanya...hp aku terlupa lagi......mau tanya erk...pelupa ni penyakit ker???

Read more...

Friday, November 5, 2010

Trip Bantuan Kebakaran ke Temala, Long Lama

Sakit badan, itulah kesimpulan setelah 2 hari bekerja dan menguruskan bantuan bencana kebakaran di Daerah Long Lama di Temala. Kebakaran 5 buah bangunan kedai di Long Lama pada awal pagi 03 Nov 2010 yang memusnahkan semua harta benda di kedai itu dianggarkan beratus ribu. Sakit badan adalah bukan kerana pekerjaan yang dilakukan, tetapi sakit badan disebabkan digoncang dalam kenderaan 4 roda yang kami pakai diatas jalan yang teruk sekali. Bertolak dalam pukul 3pm ke tempat kejadian adalah kami menempuhi beberapa kenangan dan beberapa kejadian pelik dan pertama kali kami lalui. Hari pun menjelang senja dan seterusnya malam menjelma, kawan-kawan bercerita pasal jika kita terserempak dengan landak atau tenggiling, wah bukan maian lagi bercerita apakah masakan paling sedap bagi memasak landak atau tenggiling atau kijang, bercerita-bercerita dan bercerita, saya tetap membisu dan hanya tersenyum saja mendengar cerita mereka. habis saja cerita, kemudian senyap seketika.....dengan tiba-tiba muncul benar-benar seekor landak di hadapan kami, dan...apalagi! driver kami terus memberek kenderaan dan berteriak "Landak! kejar!kejar, ambik torclihgt dan parang!"....kawan saya seorang cina tu apa lagi dia keluar dan ambik torchlight dan parang dan terus turun cari landak tersebut, tetapi saya bilang, "eh tak payah lah kejar landak tu, dah lari bah landak tu,tak kan dia nak tunggu kitaorang tetak dia"....mereka semua turun...saya pun turun jugak dengan hati yang agak takut ler hehe...suluh sana..suluh sinun..tiada apa bayangan..wah kami pun meneruskan perjalanan dengan cuaca yang agak baik dengan bintang penuh dilangit menerangi malam. setelah sejam begitu kami sampai di Kem Balak di Lohpun, dan bermalam di sana dirumah kenalan disana. Setelah berehat dan berbual dengan kenalan itu, tiba-tiba kawan aku yang cina tadi tu baru sedar wallet dia hilang!...dan dia sedar sebelum ini walletnya masih ada, sebelum turun kejar landak tadi...."Landak kah?!" tanya kenalan kami yang agak berumur itu tadi berbangsa kenyah, "Kamu kejar landakah?" tanya beliau lagi, "ya" jawab kami serentak, "Aduh,siap...tak boleh tu...tak boleh kejar..kamu kena sudah dengan landak tu"..katanya..saya tau maksud beliau tu. lepas tu, dia bilang lagi..."Landak tu separuh hantu, jangan kejar dia jika ternampak landak atau tenggiling jika perjalanan dlam hutan tanpa ada senapang"....wah bukan main kecut lagi kawan aku tu dengar tu..."kamu telah dipermainkan landak tu, wallet kamu tu gerenti ada disana bersama landak tu, kalau nasib kamu baik, gambar kamu atau ic kamu tu wajahnya menghadap ke langit, jadi ia senang ditemui, tetapi jika ic atau gambar kamu tertungkup,memang malang serta ia tidak dapat dicari, tapi jangan risau saya nampak gambar kamu itu memandang kelangit, jom kita pergi cari"... dia bilang. So kami pun turun lagi membelah kegelapan mencari wallet kawan saya tu...dipendekan cerita....sampai di tempat tadi....kawan aku tu jumpa wallet dia dengan terpampang dua keping gambarnya memandang ke langit...wah sungguh terkejut....lepas tu lelaki kenalan kami tu tadi tanya "IC kamu adakah?"....lepas tu saya dan kawan saya tu cek wallet...terkejut ic telah tiada...cari lagi...tiada..."IC tiada woo" kata kawan saya tu..."mesti ada, saya mau ambik nombor ic kamu, cek lagi" kata org tua itu...kawan saya tu buka lagi...terkejut..."eh ada!" bilang nya.....woooo...memang meremang bulu roma aku...sebab tadi aku pun dah cek...kawan aku pun cek...ic memang tiada...tetiba ada...lalu orang tua tu minta ic tu dan menulis nombor nya.....(heheh aku tak nak bagi tau nombornya sini)...lepas tu kami bergegas masuk kereta dan balik lagi. Orang tua tu,kenalan kami tu bagi amaran "Lain kali jangan banyak mulut dan kalau melihat sebarang binatang lintas jalan jangan lah kejar tanpa ada senapang, dan kalau boleh jangan kejar landak atau tenggiling, haiwan lain kira ok, sebab kedua-dua haiwan tu ada separuh hantu" kata dia. Wah bukan main lega hati kawan saya tu, dan berjanji denga diri sendiri akan jaga mulut dan lebih berhati-hati jika berjalan dalam hutan. Itulah pengajaran yang kami terima, saya sudah mengetahui itu dari pertama kali, sebab datuk saya dulu pun pernah bagitau saya, kalau nampak landak jangan kejar, dan jangan bercerita pasal landak jika di hutan, kerana landak tu jahat bilangnya.
  • Sedikit gambar ke Long Temala
Pemandangan jalan ke Batu Gading (Kuari Holly Stone)
Jalan menuju ke Temala - Long Bemang - Long Bedian
Gambar kenangan bersama kulit harimau dahan di rumah pak cik (kenalan tempat tinggal kami)
Sampai di kem balak Lohpun Interhill, Isi Minyak
Gambar kenangan di bawah pokok di sebelah kebakaran
Barang-barang terbakar Dalam perjalanan balik, kami melihat ada jualan ikan sungai iaitu ikan mengalan dan ikan tapah di tebing sungai TeruIkan Mengalan Sungai Teru

Read more...

Wednesday, March 3, 2010

Padi Bukit

Waktu balik ke Sri Aman hari tu, sempat juga saya ikut mak mertua jenguk padi bukitnya yg tidak berapa jauh daripada rumah. Belum mengetam padi lagi kerana ia baru masak. Sepanjang perjalanan ke Sri Aman, terutamanya selepas Bintulu iaitu ke Sibu sampai ke Sri Aman banyak lagi penanaman padi bukit dijalankan yang menghiasi bukit-bukau perjalanan ke sana dengan warna kuning keemasan. Disini saya ada berkongsi sedikit gambar padi bukit khas bagi yang belum pernah tengok padi bukit tu, terutamanya kekawan dari semenanjung tu.

Read more...

Friday, February 19, 2010

Trip to Sri Aman

Hari tu hari yang sangat ditungu2 iaitu utk bertemu putera tersayang kami, 2 hari telah melaporkan diri, terus ku minta cuti. saya dan isteri berangkat dari Miri pukul 5am, sarapan dulu di kedai, bertolak dalam pukul 6 pagi. Perjalanan ke bekenu pemandangan sukar kerana dipenuhi kabus di jeraya, terpaksa menggunakan lampu sehingga pukul 8am hampir sampai ke Bintulu. Setelah 11 jam memandu termasuk berhenti rehat dan makan, pukul 6 petang barulah sampai di Sri Aman, sedikit gambar dikongsi bersama.
Keadaan jalan berkabus ke Bekenu
Pemandangan pasar Bekenu pada waktu pagi
Urusan menjual hasi tani dan hutan oleh penduduk di pasar Bekenu.
On the ke Bintulu, asyik dibelakang bas ni, menyampah betul...
Tepekong di Sibu, Chines New Year aritu penuh tepekong ni, Tuapekong terbesar di Sarawak ni kot.

Read more...

Wednesday, February 3, 2010

Salam Perpisahan buat kawan2 yang dikasihi dan pasti akan dirindui...

Salam Mesra, selamat sejahtera keatas semua dan Salam 1 Malaysia kepada rakan2 sekalian.Pertama sekali saya ingin berkongsi kegembiraan dengan rakan2 semua terutama kepada rakan sekerja di PPKKS, setelah 2 tahun lebih kita bersama menjalankan tugas bersama, sangat banyak pengalaman dan saat2 manis kita lalui. Pada ruangan ini, saya dgn rasminya ingin mengumumkan bahawa saya telah mendapat tawaran berpindah tempat bertugas baru iaitu di tanah kelahiran saya sendiri, Miri Sarawak, Pejabat Kebajikan Bahagian Miri (PKMB MIRI) dan akan memulakan tugas disana pada awal Februari 2010 ini. Setelah permohonan pertama saya ditolak dan memohon kali kedua, permohonan saya diluluskan. Permohonan perpindahan saya adalah untuk memenuhi tanggungjawab seorang suami dan seorang ayah yang perlu berada bersama keluarga sendiri.Di sini juga saya sampaikan salam kepada rakan2 yg disayangi sekursus 3 bulan di ISM Siri 1, rakan2 se-Politech JB yg dirindui, kenalan2 yg lain... memang terasa sangat berat untuk meninggalkan tugas dan terutama sekali rakan2 setugas di PPKK Serendah, setelah beberapa lama kita bersama dan kita seperti sekeluarga, suka duka kita tempuhi bersama, sangat banyak kenangan yang sukar utk dilupakan. Semua warga PPKKS, Tuan Pengetua, PKM2, Cikgu2, Pentadbiran, Kaunseling, Tukang Masak, Jaga, Atendan, Pemandu dan pelatih semua, Pada kesempatan ini saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki kepada semua jika saya ada terkasar bahasa, terlanjur kata, perbuatan, menyinggung perasaan dan mengasari kalian, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf kepada semua. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang pernah membantu saya samada dalam kesusahan dan senang sepanjang kita bersama. Jika saya ada berhutang kepada semua jgn malu meminta dibayar, takut saya tak ingat, jgn risau saya akan bayar. Terasa sangat berat hati untuk berpisah dengan rakan2 semua....:-(....demi keluarga saya mesti melakukannya, tambahan pula kita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Utamakan keluarga, dan doakan saya agar terus maju dan mantap di tempat tugas yang baru. Semoga persahabat kita terus berpanjangan serta berkekalan dan semoga berjumpa lagi. Terima Kasih. Berkat Berjasa, Berkhidmat Untuk Negara.

Read more...

Sunday, January 31, 2010

Lawatan Ke Melaka (last trip wth PPKKS)

Semalam kami mengadakan lawatan ke Sekolah Henry Gurney di Melaka. Sekolah ini adalah untuk menempatkan kanak-kanak/remaja yang berumur 14-21 tahun yang pernah melakukan kesalahan Juvana dan jenayah. Mereka ditempatkan disini dibawah jagaan Jabatan Penjara Malaysia. Setelah selesai membuat lawatan tersebut, kami sempat ronda-ronda di Bandar Hilir untuk melawat tempat-tempat tertentu sahaja. Tidak banyak yang sempat kami kunjungi kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak. Kami juga tidak sempat ke Kota A Famosa dan Eye on Malysia, tapi pada tahun 2001 saya pernah menyertai aktiviti yang diadakan 3 buah Politeknik diadakan di Melaka yang bertajuk "Back to the Pass" di sekitar bandar melaka, projek fotografi dan ilustrasi dimana kami ditugaskan mengambil gambar dan melukis secara live. Berbanding semalam, sangat banyak perubahan yang berlaku dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Read more...

Friday, January 1, 2010

Merry Christmas N Hepy New Year 2010

Salam semua, lama dah tak online, bz dan meluangkan masa yang beharga bersama my son & my wife. setelah sebulan bersama anak tersayang beliau pun telah balik ke Sri Aman 30hb haritu bersama neneknya kerana my wife dah nak mula masuk kerja dan saya juga dah nak balik dari bercuti, masih belum puas kami bersama namun masa begitu kesuntukan buat kami, sebulan bercuti bagaikan seminggu sahaja. Pada kesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan selamat Manyambut Hari Krismas walaupun dah terlewat nak greeting ni dan Selamat Menyambut kedatangan Tahun Baru 2010. Sangat banyak berkat yang Tuhan bagikan pada kami sekeluarga pada 2009 yang lepas dan yang paling utama adalah kami dikurniakan cahaya mata yang comel, our son, Melchizedek Matteo, thanks God, Engkau sentiasa mendengar doa kami.

Read more...

Thursday, November 26, 2009

Balik dari Perak

Sudah seminggu berkampung di UITM Perak, aku ditugaskan mengambil gambar pertandingan Tilawah dan Nasyid Peringkat Kebangsaan. Johan Keseluruhan adalah Negeri Kelantan. Johan Nasyid adalah dimenangangi oleh Negeri Perak. Letih juga rasanya, hari ini aku ambil cuti rehat sehari, sebab esok aku kerja, manakala member Muslim yang lain banyak bercuti sempena Aidil Adha esok. sedikit jer gambar dapat upload kali ini, belum ada masa. Ramai juga aku jumpa kawan-kawan kursus disana, diantaranya adalah, Sam, Irwan, Safrul, Sarip, Ida, Pak cik Aer, Fadzil, Anis dan juga si Nonie. nice to see u all.
Di Lost World Tambun WaterparkDalam sampan di tasik Gunung Helang Rumah Kampung di Gunung Helang, sangat sesuai untuk sesi photografi kahwin. Ikan Pekasam Perak yang popular di sana
Banyak ikan dalam tasik ni, Kelah besar-besar, Patin dan ikan koi dan banyak lagi

Read more...

Saturday, November 21, 2009

Ke Perak Seminggu!

Esok aku pegi ke Perak menyertai rombongan dari JKMN Selangor yang menyertai pertandingan Tilawah dan Nasyid Peringkat Kebangsaan Institusi dan PKMD di bawah JKM, aku ditugaskan mengambil gambar sepanjang 5 hari kat situ khas untuk bebudak kami yang mewakili Selangor. Pertandingan akan diadakan di UITM Seri Iskandar, Perak. Semua negeri akan menyertai pertandingan ini mulai 21-25 hb November ini, so jarang la nanti nak update blog, anyway..harap-harap dapat jgak enjoy la ngan tugas sambil dapat jgak jalan2 di kawasan sekitar Perak nanti.

Read more...

Friday, November 13, 2009

Memory di PJB 2000

Ini adalah satu-satunya gambar kesayangan aku yang menghimpun kesemua wajah-wajah member-member ketika menuntut di Politeknik Johor Bahru pada tahun 2000 dahulu. Memori yang pastinya sangat indah bersama kawan-kawan dalam menempuh cabaran sebagai student grafik yang sememangnya memerlukan banyak perbelanjaan yang menyebabkan kami semua berikat perut demi menuntut ilmu. Ada seorang kawan kami dulu terpaksa memakan tisu yang direndamkan dengan air milo gara-gara tidak ada duit nak beli makanan, dan kami terpaksa mengumpul duit bersama biar dapat makan bersama hehe.....

Read more...

Sunday, August 16, 2009

My 1st Anniversary

emm....Aku amat bersyukur kepada Tuhan kerana segala hajat dan doaku sentiasa di makbulkanNya, Haleluya. Tidak terasa masa begitu cepat berlalu, sudah setahun saya bergelar suami mithali hehe..yer..dan sekarang saya dan wife telah dikurniakan Tuhan berkat yang amat berharga buat kami iaitu Baby Boy kami yang sangat comel..(2 bulan sudah usianya sekarang) Thanks Lord..Thanks also to my wife, saya amat kagum kerana ketabahannya, kerana kami sentiasa berjauhan disebabkan kerjaya masing-masing sehinggakan saat-saat yang paling bahagia iaitu saat melahirkan Baby boy kami Melchizedek tanpa saya sisinya yang memerlukan sokongan dan kekuatan untuk melahirkan baby kami. Namun begitu kami sangat berbahagia kerana kami percaya Kasih Tuhan ada ditengah2 kami, walaupun kami terpaksa berjauhan, saya di selangor, isteri di Miri dan anak kami di Sri Aman dijaga mak mertua kerana pekerjaan kami terpaksa terpisah sementara. Rindu di hati terpaksa ditahan hehehe....I love mama n idek....

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP