Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Sekitar Kita "N' Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Sekitar Kita "N' Isu Semasa. Show all posts

Monday, August 19, 2013

10 TAHUN TERBENGKALAI, RUMAH KOMUNITY DAYAK SARAWAK

Rumah Dayak serlah perkembangan baik

by Agnes Tugong. Posted on August 19, 2013, Monday

KUCHING: Projek Rumah Dayak yang tergendala lebih daripada 10 TAHUN lalu kini sedang dilaksanakan semula hasil kesepakatan antara Kesatuan Dayak Kebangsaan Sarawak (SDNU) dan kontraktor yang bertanggungjawab.
Rumah Dayak di Kuching yg terbengkalai


Rumah Dayak Terbesar di Kalimantan Indonesia


Presiden SDNU, Tan Sri William Mawam Ikom ketika dihubungi semalam berkata, kerja-kerja pembinaan Rumah Dayak telah disambung semula oleh kontraktor yang sama.

Bagaimanapun, katanya, SDNU tidak mendesak pihak kontraktor untuk menyiapkan dengan segera projek berkenaan kerana apa yang lebih penting ialah projek berkenaan diteruskan selepas tergendala lebih 10 tahun.

“Pihak SDNU dan kontraktor telah bersetuju untuk menyiapkan projek berkenaan demi kebaikan kedua-dua pihak memandangkan Rumah Dayak ini memberi signifikan yang besar kepada masyarakat Dayak di negeri ini.

“Sebaik projek ini siap kelak, ia akan dijadikan sebagai tempat untuk masyarakat berkumpul selain memelihara dan memperkembangkan lagi budaya dan adat masyarakat Dayak di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo ke tapak projek semalam mendapati salah satu daripada sayap di sebelah kiri bangunan Rumah Dayak itu telah siap dibina dan dijangka dibuka dan disewa untuk aktiviti perniagaan.

Berbeza dengan tinjauan yang pernah dibuat pada Januari 2012, keadaan persekitaran projek Rumah Dayak semalam jauh lebih baik dan menampakkan perkembangan bahawa projek berkenaan bakal menjadi realiti.

“Masih banyak lagi yang perlu dibincangkan oleh SDNU mengenai projek ini tetapi harapan SDNU adalah untuk memastikan projek ini siap meskipun memakan masa yang lama,” kata Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial.

Mawan turut yakin persepsi masyarakat terhadap SDNU akan berubah sebaik melihat projek ini siap kelak.

Pada Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Ke-33 SDNU, April 2012 yang lepas, Mawan yang dipilih sebagai Presiden baharu SDNU berjanji akan menyiapkan projek Rumah Dayak.

Dimulakan pada tahun 1997, projek itu akan menjadi simbol perpaduan Dayak sebaik siap kelak.

Perjanjian telah ditandatangani antara SDNU dan pemaju berkenaan pada tahun 1997 yang mana pemaju diberikan 80 peratus daripada pemilikan harta manakala SDNU menerima 20 peratus.

Kontrak projek berkenaan kemudiannya diserahkan semula kepada pemaju lain dan kerja-kerja pembinaan gagal dilaksanakan disebabkan masalah kewangan.

Selepas tiga kali mesyuarat bersama pemaju, pengesahan dibuat dengan pemaju bahawa tempoh pelaksanaan dilanjutkan sehingga 29 Januari 2009 namun projek yang menelan kos kira-kira RM8 juta itu sekali lagi gagal mengikut jadual.

Sumber: Utusan Borneo
Gadis Dayak

 

Read more...

Saturday, August 10, 2013

Tentera ditembak di Sempadan Malaysia - Thailand

BUKIT KAYU HITAM: Seorang anggota tentera yang sedang berkawal di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini cedera parah selepas dipercayai ditembak suspek bersenjata kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian berkenaan, mangsa sedang membuat rondaan sempadan di lokasi N9 kawasan pagar Bukit Kayu Hitam sebelum ternampak pagar berlubang.

Ketika membetulkan pagar itu, mangsa terdengar bunyi letupan sebelum melarikan diri. 

Read more...

Tuesday, August 6, 2013

JANGAN‬ Beritahu Lokasi Kediaman Menerusi FACEBOOK Jika Balik Beraya

KUCHING: Polis tidak menggalakkan orang ramai memberitahu lokasi kediaman mereka khasnya menerusi laman sosial Facebook sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah Ku-ching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, pemberitahuan lokasi itu dikhuatiri akan mewujudkan peluang kepada penjenayah untuk mencuri atau memecah masuk rumah.

“Sekiranya keluar bercuti atau balik kampung sempena musim perayaan ini, kita tidak galakkan pengguna Facebook untuk memaklumkan pergerakan seperti menerusi ‘check-in’.

“Sebaliknya, maklumkan kepada pihak polis dengan tampil ke balai polis berdekatan untuk mengisi borang agar pihak polis dapat meronda di kawasan kediaman semasa ketiadaan mereka,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ku-ching, Jalan Simpang Tiga, di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Roslan turut menyeru orang ramai untuk tampil membuat laporan polis berhubung kes jenayah sama ada kecil atau besar.

Kes kecurian meskipun kecil seperti curi kasut atau baju katanya, perlu dilaporkan agar maklumat-maklumat yang disimpan pihak polis dapat diselaraskan.

“Walaupun kes itu kecil tetapi kerap berlaku di se-suatu kawasan, kita akan memberi fokus rondaan di tempat tersebut.
“Namun, orang ramai kena buat laporan kerana rondaan dibuat berdasarkan statistik yang ada,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa indeks jenayah tahun ini menurun sebanyak -17.42 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Kes ragut menurun seba-nyak -67 peratus, pecah rumah siang hari (-47 peratus) dan kes pecah rumah malam (-67 peratus).

“Pencapaian ini dijayakan dengan adanya Unit Rondaan Bergerak, sekatan jalan raya dan operasi penguatkuasaan lain,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo

Read more...

Saturday, July 20, 2013

Bayar hutang sampai mati

Tahukah anda, jika tidak membeli rumah sekarang, sebesar manapun gaji kita 10 tahun akan datang, kita tidak akan mampu mebeli rumah lagi. Ini disebabkan kenaikan harga rumah sekarang yang sangat mendadak hanya dalam tempoh 3 hingga 6 bulan sahaja pun kenaikan dalam RM10k sebuah rumah. Ini adalah disebabkan kenaikan nilai hartanah dan bahan binaan disamping tiada kawalan serius. Disamping itu saiz rumah pun semakin terhad pada masa akan datang tetapi harga seperti tidak masuk akal. Jika dibandingkan harga rumah di Sarawak pun dah terlampau mahal seperti di Semenanjung, malah lebih mahal terutama di Bintulu dan Miri. Sedangkan tanah di Sarawak sangat besar berbanding di Semenanjung. Oleh itu, kepada sesiapa yang mampu sekarang, belilah rumah atau buatlah rumah.

Read more...

Monday, October 3, 2011

BARAM DAM JADI NYATA

MARUDI: Pembinaan Empangan Hidroelektrik Baram yang merupakan ketiga di Sarawak dijangka mampu melonjakkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan sekali gus menjana sumber ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk di sekitarnya.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata empangan yang akan dibina di Ulu Baram mampu menghasilkan lebih 1,000 megawatt (mw) tenaga elektrik apabila ia siap sepenuhnya nanti.

Beliau juga menambah kata, dengan kemampuan hidroelektrik berkenaan menghasilkan lebih 1,000mw tenaga elektrik, ia akan menjadikan Baram terus berpotensi untuk dimajukan sejajar dengan pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di negeri ini sekarang.

“Saya percaya, dengan adanya hidroelektrik itu nanti, Baram tidak lagi digelar sebagai sebuah kawasan yang ketinggalan daripada arus pembangunan,” katanya.

Pun begitu menurut Taib, jumlah sebenar kos pembinaan empangan hidroelektrik berkenaan masih belum dapat dipastikan, manakala kajian fizikal dan kerja mengemas kini projek berkenaan hampir siap.

“Apa yang pasti, projek berkenaan nanti menelan kos yang agak tinggi.

“Namun demikian, sekiranya siap nanti, ia dijangka dapat terus membangunkan kawasan Baram dan meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan ini,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Malam Kebudayaan 1Malaysia yang berlangsung di Dataran Marudi di sini dan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.

Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan isteri beliau sendiri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta beberapa menteri kabinet negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat.

Menurut Taib, kerajaan juga akan melaksanakan kerja menaik taraf jalan balak termasuk jalan menuju ke projek empangan itu bagi mempermudahkan komunikasi orang ramai khususnya penduduk di kawasan berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan penduduk di negeri ini, khususnya di kawasan Baram agar mengekalkan perpaduan dan keharmonian sedia ada yang telah dikecapi sekian lama.

“Rakyat di negeri ini tidak seharusnya terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas yang sering dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab, sebaliknya beri tumpuan kepada keharmonian dan perpaduan sedia ada agar ia dapat dikekalkan sampai bila-bila,” ujar beliau.

Menyentuh tentang penganjuran Regata Baram 2011, Taib optimis ia mampu berfungsi sebagai satu forum penerus perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum yang ada di sini berikutan kejayaannya menghimpunkan beribu-ribu pengunjung untuk datang ke Marudi bagi menyaksikan acara tersebut.

“Justeru, saya percaya regata ini adalah platform yang mampu mengekalkan budaya masyarakat setempat selain mempromosikan Baram kepada pengunjung luar khususnya pelancong asing bertandang ke sini,” ujarnya.

Pada majlis sama, turut diadakan pertandingan Ratu Regata Baram 2011 yang menyaksikan Suljirina Lucas dinobatkan sebagai juara.

Manakala tempat kedua menjadi milik Lydia Suling Laing diikuti Jessica Bulan Stephen di tempat ketiga dan Norieta Karim pemenang tempat keempat.

Manakala bagi anugerah ‘Evening Dress’ tercantik telah dimenangi Lily Anem.

Seramai lapan jelitawan yang mewakili pelbagai kaum mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Empangan hidroelektrik dijangka jana sumber ekonomi, tingkat taraf hidup penduduk Oleh Rosemaria Buma MARUDI: Pembinaan Empangan Hidroelektrik Baram yang merupakan ketiga di Sarawak dijangka mampu melonjakkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan sekali gus menjana sumber ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk di sekitarnya. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata empangan yang akan dibina di Ulu Baram mampu menghasilkan lebih 1,000 megawatt (mw) tenaga elektrik apabila ia siap sepenuhnya nanti. Beliau juga menambah kata, dengan kemampuan hidroelektrik berkenaan menghasilkan lebih 1,000mw tenaga elektrik, ia akan menjadikan Baram terus berpotensi untuk dimajukan sejajar dengan pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di negeri ini sekarang. “Saya percaya, dengan adanya hidroelektrik itu nanti, Baram tidak lagi digelar sebagai sebuah kawasan yang ketinggalan daripada arus pembangunan,” katanya. Pun begitu menurut Taib, jumlah sebenar kos pembinaan empangan hidroelektrik berkenaan masih belum dapat dipastikan, manakala kajian fizikal dan kerja mengemas kini projek berkenaan hampir siap. “Apa yang pasti, projek berkenaan nanti menelan kos yang agak tinggi. “Namun demikian, sekiranya siap nanti, ia dijangka dapat terus membangunkan kawasan Baram dan meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan ini,” ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Malam Kebudayaan 1Malaysia yang berlangsung di Dataran Marudi di sini dan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin. Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dan isteri beliau sendiri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta beberapa menteri kabinet negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat. Menurut Taib, kerajaan juga akan melaksanakan kerja menaik taraf jalan balak termasuk jalan menuju ke projek empangan itu bagi mempermudahkan komunikasi orang ramai khususnya penduduk di kawasan berkenaan. Pada masa sama, beliau turut mengingatkan penduduk di negeri ini, khususnya di kawasan Baram agar mengekalkan perpaduan dan keharmonian sedia ada yang telah dikecapi sekian lama. “Rakyat di negeri ini tidak seharusnya terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas yang sering dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab, sebaliknya beri tumpuan kepada keharmonian dan perpaduan sedia ada agar ia dapat dikekalkan sampai bila-bila,” ujar beliau.

Read more...

Tuesday, September 13, 2011

Ditangguh? Kenapa tidak "TIDAK PAYAH" terus?

Ditangguhkan sahaja? kalau boleh terus "TIDAK atau JANGAN" luluskan terus, tanpa membuat kajian, kerana keuntungan pihak mereka sudah terlampau berjutaan...nak cekik darah lagi. Kalau dibuat kajian, maupun dibawa ke Kabinet, ia akan terjadi seperti Astro, ditruskan jua....dan mungkin syarikat lain akan ikut tren spt ini nanti siapa tau...TNB, SESSCO, Syarikat air, Syarikat Pengangkutan Awam dll akan ikut tren ini nanti.

Read more...

Wednesday, July 27, 2011

Penduduk Baram minta permit untuk buru buaya

MARUDI: Jika di Sungai Seblak, Kabong dan Sessang, po-pulasi buaya dikatakan banyak hingga terpaksa diadakan operasi pemburuan, maka tidak kurang juga halnya di Batang Baram yang memang terkenal dan cukup sinonim dengan reptilia tersebut.

Berbeza di kawasan yang dinyatakan di atas, buaya-buaya yang menghuni Batang Baram, Sungai Tinjar dan Sungai Bakong sering kelihatan dan lebih mudah ditemui kerana sentiasa dilihat tersadai atau berjemur di tebing-tebing sungai, malah ada kalanya atas jeti rumah- rumah panjang.

Keadaan ini bukan sahaja menakutkan malah mengundang bahaya bagi penduduk yang menggunakan laluan sungai dan penghuni rumah panjang dan sekolah yang terletak di tebing-tebing sungai.

Seorang penduduk, Tuai Rumah (TR) Nyegang Nyawin, 50, dari Sungai Temiang, Bakong Hilir berkata, adalah wajar bagi pihak berkuasa berkaitan memberikan mereka permit atau lesen sah untuk membolehkan mereka memburu dan membunuh buaya-buaya ini yang mempunyai populasi tinggi di ketiga-tiga batang sungai itu.

“Kita tidak mahu apabila sudah berlaku perkara yang tidak diingini, seperti serangan buaya di mana mangsa terpaksa membunuh buaya kerana mempertahankan diri, tiba-tiba mereka (pihak berkuasa) datang menyiasat dengan pelbagai pertanyaan, seolah-olah kita melakukan ke-salahan besar,” katanya kesal.

“Tambahan pula pada musim kemarau ini, bukan sahaja penduduk rumah panjang yang turun ke sungai untuk mencari rezeki dan ikan, malah buaya juga semakin agresif memburu mangsa.

“Ada kalanya, sang buaya akan naik ke tebing dan membaham apa sahaja kelibat binatang yang ada ketika itu, tidak kira sama ada anjing, lembu dan ternakan yang lain malah manusia juga boleh menjadi mangsanya,” ujar beliau.

Justeru kata TR Nyegang, adalah wajar bagi mereka diberikan permit supaya boleh memohon dan melancarkan operasi yang serupa seperti yang dilakukan di Kabong baru-baru ini, demi keselamatan penduduk terutama dengan jumlah populasi reptilia itu yang dipercayai semakin bertambah.

Read more...

Tuesday, July 12, 2011

FB disalah guna pakai Hina Lagu NEGARAKU

Macam-macam sekarang, penggunaan rangkaian sosial selalu disalahgunakan untuk meluahkan perasaan tanpa mengira sensitiviti sekitar dan orang lain yang membaca. So, berhati-hati untuk nak meluahkan perasaan anda yang mungkin menyebabkan pembaca-pembaca wall anda tersinggung. Kerana santan pulut binasa, Kerana mulut badan binasa.....

Read more...

Tuesday, July 5, 2011

Miri tempat perhimpunan BERSIH 2.0?

Kehadiran beberapa pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak terutama di Miri turut menguatkan lagi spekulasi bahawa Miri bakal menjadi tempat perhimpunan BERSIH 2.0. Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata beliau turut menerima beberapa laporan pengedaran baju kuning dengan tulisan BERSIH dan risalah-risalah untuk perhimpunan itu, Sabtu ini.

“Saya juga mendengar desas-desus bahawa Miri turut menjadi lokasi perhimpunan haram tersebut dan saya juga dimaklumkan bahawa beberapa pemimpin pembangkang turut berada di Miri bagi menyokong BERSIH,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, kira-kira 2,000 orang pelbagai lapisan kaum dan agama di Miri telah membuat laporan polis untuk membantah perhimpunan BERSIH kerana bimbang ia akan menjejaskan ketenteraman awam.

“Saya percaya perhimpunan haram ini disokong oleh parti pembangkang, malah ada di kalangan pemimpin mereka sebelum ini telah ditahan pihak polis, atas sebab itulah mereka hadir pula ke Sarawak untuk adakan perhimpunan haram,” jelasnya.

Ahmad Lai menambah, perhimpunan BERSIH tersebut turut meniru corak politik Thailand di bawah pemerintahan bekas Perdana Menterinya Thaksin Shinawatra untuk menggulingkan kerajaan.

“Kita tidak mahu budaya dari luar ini menular ke Sarawak kerana ia boleh menyebabkan keadaan huru-hara dan rusuhan.

“Sehubungan itu, saya menyeru masyarakat setempat jangan terlibat dalam perhimpunan BERSIH,” jelasnya.

Beliau seterusnya memberitahu, perhimpunan itu juga dilihat sebagai usaha pembangkang untuk merampas kuasa secara kekerasan dengan melibatkan rakyat jelata.

“Saya menyeru orang awam terutama belia dan pelajar agar tidak melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut yang kemungkinan boleh menyebabkan mereka ditahan pihak polis,” ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya pada Penutupan Program Pencegahan Jenayah – Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA), beliau berkata program sedemikian perlu diperluaskan.

“Program ini penting kerana tugas pencegahan jenayah bukan sahaja terletak di tangan pihak polis sebaliknya masyarakat setempat perlu tampil membantu mencegah jenayah dan masalah sosial,” ujarnya.

Menerusi program itu, sukarelawan katanya boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menyebarkan ilmu pencegahan jenayah kepada masyarakat setempat di kawasan masing-masing.

Menurutnya, masalah sosial seperti pembuangan bayi dan sebagainya dapat dielakkan dari semasa ke semasa sekiranya masyarakat juga memainkan peranan dalam pencegahan jenayah.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah LPPKN Sarawak Fizalini Kiprawi.

Read more...

Thursday, June 23, 2011

Astro nafi monopoli beli program

  • Astro membuat kenyataan palsu

Astro membuat kenyataan palsu, tidak pernah pun kita melihat satu pun siaran tv lain yang tidak dari astro yang ada siaranya di astro, sama sekali ada (tanpa astro)@(siaran percuma)jika tidak memiliki astro. Malah di Sarawak, jika tidak memiliki Astro anda tidak akan dapat menonton tv kerana siaran tv di Sarawak tidak jelas walaupun menggunakan antena setinggi langit terutama bukan di kawasan bandar, dan kebanyakan penempatan penduduk di Sarawak adalah bukan di bandar. Sejak atau sebelum merdeka atau sebelum saya lahir sehingga saya sudah berhijrah ke bandar, baru saya melihat adanya siaran tv1,tv2,tv3 dan sebagainya, dan itu semuanya dari astro. sewaktu umur saya 10 tahun datuk saya beli set televisyen, tv hitam putih jer, dan kami hanya dapat melihat RTB atau siaran Brunei sahaja. dan sampai sekarang jika kita pergi ke kampung-kampung di Sarawak, hampir kesemua rumah ada piring astro. Semuannya ini kerana jika tidak memiliki astro memang tidak dapat melihat tv khasnya tidak tahu perkembangan dunia kini. kasihan penduduk di Sarawak. Malang sekali, kementerian (Rais Yatim) baru tahu hal demikian pada awal tahun 2011 ini, kerana kekerapan melawat Sarawak ketika menjalankan kempen PR Negeri yang lepas. Rakyat Sarawak juga bersyukur atas kesedaran ini dan selama ini makan hati berulam jantung kerana orang berkuasa di Sarawak sendiri tidak ambil kisah ini kerana mereka kebanyakanya tinggal di bandar dan punyai wang dan memiliki 4 buah astro dan 3 buah prabola di rumah mereka dan jarang turun padang melihat keperluan Rakyat. Dan kini berita terbaik dari Astro adalah semalam kita menerima satu envelope bertuah astro yang mengumumkan kenaikan BIL bulanan langganan kita. Astro tetap berdegil walaupun telah diberi notis oleh pihak berkuasa, dan Astro seolah-olah memperlekeh serta mempersenda amaran yang telah diberi, dan ini adalah ukuran ke atas kekuasaan yang ada pada pihak berkuasa ke atas pihak Astro, kita tunggu dan lihat apa berlaku seterusnya.

  • Astro nafi monopoli beli program

KUALA LUMPUR – MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (MBNS), anak syarikat Astro All Asia Networks Plc. (Astro), menafikan dakwaan bahawa mereka memonopoli pembelian program pasaran televisyen berbayar di negara ini.

Ketua Pegawai Operasi Strategi, Kandungan dan Pemasaran MBNS, Henry Tan (gambar) menegaskan, Astro bukan satu-satunya operator televisyen berbayar di negara ini kerana sektor itu turut dioperasikan oleh beberapa syarikat lain.

Antara pemegang lesen televisyen berbayar lain di negara ini ialah U Television Sdn. Bhd., Asiaspace Digital Sdn. Bhd., Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), Fine TV Network Sdn. Bhd., TM Net Sdn. Bhd., MOL Media Sdn. Bhd. dan De Multimedia Sdn. Bhd.

“Astro tidak bertindak memonopoli pemerolehan kandungan dan hak penyiaran sesuatu program televisyen.

“Malah, setiap kali ada bidaan program televisyen popular, Astro sentiasa bersaing dengan enam pembida lain dalam pasaran terbuka yang boleh disertai oleh pihak-pihak lain bagi mendapatkan kandungan daripada pembekal,” katanya dalam satu pertemuan di sini semalam.

Menurut Henry, bidaan program televisyen itu umpama acara lelongan dengan pembekal akan mengenakan syarat-syarat untuk diikuti pembida dan ia termasuk tarikh, kumpulan yang akan membida, tempoh bidaan serta sama ada pembida akan memasuki pusingan seterusnya atau tidak.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Read more...

Monday, June 20, 2011

Penduduk kecewa, projek tidak setimpal kos

TIDAK TEPATI SPESIFIKASI: Ketua Kaum, Nordin Yusof menunjukkan pentas padang bola Kampung Muhibbah yang dibina tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan selain tidak berkualiti. MIRI: Penduduk di Kampung Muhibbah, Kuala Baram meminta pemaju yang dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan pentas di padang kampung mereka supaya mematuhi syarat yang ditetapkan sebelum ini. Ketua Kaum Kampung Muhibbah, Nordin Yusof berkata, beliau tidak berpuas hati dengan pembinaan projek itu yang menelan kos RM30,000, kerana ia dilihat gagal mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. “Kalau ikut, pentas yang dibina adalah lebih baik, bersesuaian dengan harga projek yang bernilai RM30,000. Namun hasilnya selepas pembinaan, kualiti pentas itu tidak dibina mengikut peruntukan yang diberikan. “Pemaju menggunakan tiang besi yang lama yang disalut dengan simen manakala kebanyakkan bahan binaan dikitar semula dari pentas lama yang dirobohkan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam. Menurut Nordin, peruntukan berkenaan telah diberikan oleh Ahli Parlimen Miri merangkap Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Baram. Ujarnya, selain tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, pemaju turut membiarkan tanah liat di padang bola sehingga merosakkan padang itu sendiri. “Sebelum ini, penduduk kampung banyak membuat aduan sehingga saya menulis surat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin iaitu Datuk Lee Kim Shin untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya lagi. Tambah Nordin, malah pemaju turut berjanji akan membina sebuah tandas untuk kemudahan penduduk kampung yang menggunakan padang bola tersebut. Projek tersebut dibina awal Mei tahun ini dan siap pada bulan yang sama.

Read more...

Monday, May 23, 2011

Pengusaha Sarang Burung Walit Di Sarawak

Bulan lepas dalam perjalanan pergi dan balik Sri Aman - Miri, wah memang tidak dinafikan bisnis Sarang Burung Walit semakin digemari penduduk tempatan di Sarawak kini. Sepanjang perjalanan terutamanya dari Betong, Sarikei, Bintangor sangat banyak bangunan-bangunan Sarang Burung Walit didirikan di tepi jalan. Ada yang didirikan di atas bukit, di paya, tepi sungai dan yang bertingkat dengan pelbagai saiz mengikut kemampuan si pemilik. Begitu banyak, pada mulanya saya hitung, tapi tidak dapat dikira banyaknya, hampir setiap 100-200 meter satu bangunan Sarang Burung Walit yang didirikan. Dan kita juga tidak tahu sama ada ini adalah milik kita bumiputera atau bukan. Pengusahaan Sarang Burung Walit ini juga sebenarnya memerlukan lesen dan sebenarnya adalah bukan mudah melakukannya disamping kosnya juga agak mahal. Walaupun kos yang mahal, tetapi dipercayai pulangannya sememangnya adalah amat lumayan. So, saya terfikir juga, apa kata kita yang ada tanah cuba buat bisnis ini daripada kita buat ladang sawit, lagipun ia tidak banyak melibatkan kemusnahan hutan dan tumbuhan yang boleh menyebabkan pemanasan global. Penternakan Sarang Burung Walit juga ada mengadakan kursus bagi mereka yang berminat mengusahakan perusahaan ini.

Read more...

Thursday, May 19, 2011

Saya tidak akan berganjak walau seinci pun: Francis Siah

KUCHING: Biar makin banyak pihak mendesak agar Movement of Change Sarawak (MoCS) atau Gerakan Untuk Perubahan Sarawak, membatalkan rancangannya untuk mengadakan demonstrasi, namun penyelarasnya Francis Siah enggan berganjak walau seinci dengan keputusan tersebut.

Sebaliknya beliau menasihatkan cawangan-cawangan Pemuda PBB agar tidak membuta tuli dalam mempertahan-kan para pemimpin mereka termasuk Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

MoCS baru-baru ini memberi tempoh kepada Taib, Presiden PBB, meletak jawatan sehingga 13 Ogos ini dan men-dakwa akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran sebagai protes.

Setakat ini, Pemuda PBB Zon Kuching, Bintulu dan Samarahan sudah membuat laporan polis berasingan agar disusuli pihak berkuasa dengan siasatan terhadap Francis kerana perhimpunan itu didakwa bakal mengundang huru-hara.

Secara umum, Pemuda PBB di kawasan-kawasan tersebut membantah tindakan MoCS yang dikatakan bercanggah dengan keputusan Pilihan Raya Negeri ke-10, yakni terus memberi mandat kepada BN sebagai pemerintah dan Taib sebagai Ketua Menteri.

Francis ketika dihubungi semalam berkata, Pemuda PBB perlu mengadaptasi budaya politik baru agar tidak sekadar terikut-ikut dengan pemimpin.

“Jika pemimpin anda me-lakukan sesuatu yang salah, anda tidak wajar takut memberitahu tentang kesalahan itu.

“Semua ahli-ahli Pemuda PBB adalah rakan-rakan saya dan saya gemar untuk memberi mereka nasihat sebagai orang tua,” katanya yang berada di Kota Kinabalu.

Kelmarin, Ketua Pemuda PBB Zon Kuching Wan Hamzah Wan Paie membuat laporan di Balai Polis Pusat, dan di Bintulu, Ketua Pemuda PBB Jepak Pandi Suhaili muncul dengan laporan di Balai Polis Bintulu, manakala sehari sebelum itu, Hamzah Brahim mewakili Pemuda PBB Zon Samarahan membuat laporan di Balai Polis Samarahan.

Sambil mempertahankan pendirian beliau yang tidak berbuat apa-apa perkara menyalahi undang-undang, Francis berkata, polis belum menghubungi atau mengambil keterangan daripada beliau berikutan dua laporan yang dibuat kelmarin.

Selain Pemuda PBB, sebelum ini, Senator Datuk Idris Buang pernah menggesa polis menyiasat MoCS.

“Kita tidak ada menyentuh isu yang sangat sensitif berhubung kaum dan agama,” katanya lagi.

Read more...

Pujut Corner Terbakar lagi!

MIRI: Tragedi hitam yang berlaku di Pujut Corner le-bih 13 tahun lalu yang me-nimpa sebahagian keluarga di kawasan setinggan ber-kenaan berulang kembali, apabila satu kebakaran yang berlaku jam 10.30 pagi me-musnahkan sebanyak 17 buah rumah kayu di situ.

Kejadian itu turut menyebabkan 67 penghuninya tinggal sehelai sepinggang kerana sebahagian besar daripada mangsa turun bekerja dan tidak berada di rumah masing-masing ketika kebakaran berlaku.

Harry Bujang, 22, menyifatkan tragedi hitam yang menimpa mereka sekeluarga lebih 13 tahun lalu berulang kembali apabila rumahnya antara yang turut musnah dalam kebakaran tersebut.

“Seakan masih terbayang-bayang di benak fikiran api yang marak memusnahkan kediaman kami sekeluarga dalam kebakaran yang berlaku pada 4 April 1998 dan kejadian sama berulang lagi pagi ini,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di tempat kejadian semalam.

Menurut Harry, ketika kejadian, dia dan isteri telah keluar bekerja dan hanya me-nyedari kebakaran itu pagi semalam setelah dimaklumkan oleh ibunya yang tinggal di kawasan berhampiran.

Ketika sampai di tempat ke-jadian katanya, api yang marak telah merebak ke rumahnya menyebabkan mereka suami isteri tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamat-kan harta benda termasuk enjin jana kuasa yang turut disimpan dalam rumah.

Menceritakan detik hitam yang berlaku lebih 13 tahun lalu, Harry berkata, ketika itu dia baru berusia sembilan tahun dan sedang menuntut dalam Tahun Tiga.

“Meskipun masih kecil, namun saya masih ingat akan peristiwa hitam itu dan pe- rasaan takut dan trauma masih menghantui saya sehingga sekarang,” katanya yang merupakan anak sulung dari lima beradik.

Selepas kebakaran itu, mereka sekeluarga telah berpindah ke tapak sekarang yang terletak hanya bersebelahan jalan dengan tapak rumah yang terbakar itu.

Kejadian yang berlaku pada April 1998 itu telah menjadi satu sejarah hitam di negeri ini kerana ia merupakan salah satu kes kebakaran terbesar dan paling dahsyat yang membabitkan puluhan buah rumah setinggan di Pujut Corner.

Keadaan yang umpama pada jarak padang terkukur ketika itu bukan sahaja mendapat liputan meluas media tempatan malah antarabangsa.

Dalam pada itu, menurut sumber, kejadian kebakaran pagi semalam dipercayai bermula dari sebuah rumah yang dihuni beberapa warga asing dari Indonesia sebelum merebak ke beberapa rumah bersebelahan yang dibina berdekatan antara satu sama lain.

Salah seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Yanti, 22, ketika ditemui Utusan Borneo di tempat kejadian memberitahu dia hanya menyedari kejadian itu setelah terdengar jeritan beberapa orang jiran bersebelahan.

Menurut ibu muda terbabit, ketika itu dia sedang berada di bahagian anjung rumahnya sambil menyuapkan dua anaknya yang masih kecil iaitu Davis Pamana, 4 tahun dan Jakuan, setahun lebih apabila tiba-tiba terdengar orang menjerit.

“Tersentak dengan jeritan api! api! api!, kebakaran, kebakaran, pinggan yang saya pegang terus saya lemparkan dan dengan segera saya mengendong dua anak untuk keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri,” katanya yang masih panik dengan kejadian itu.

Menurut Yanti, dia hanya sempat mencapai beg sandangnya yang mengandungi beberapa dokumen penting selain berjaya menyelamat dan bakul pakaian anaknya, sebuah peti televisyen dan dapur dengan bantuan seorang jiran sebelah rumah, sementara suaminya tiada di rumah kerana bekerja.

“Saya sedih kerana tak sempat mengambil susu anak-anak. Entah menyusu entah tidak anak-anak saya hari ini,” katanya dalam nada sedih sambil memangku anak bongsunya.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dari Balai Bomba Lopeng, Mohd Ayob Hassan ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu pihaknya ada menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kebakaran itu sekitar jam 10.40 pagi.

Berikutan itu, tiga jentera bomba bersama 31 anggota yang diketuai beliau sendiri telah berkejar ke tempat kejadian.

Menurut Ayob, cuaca panas terik dan ditambah kedudukan rumah yang dibina saling berdekatan antara satu sama lain merupakan antara faktor utama yang menyebabkan api marak dengan cepat dan memusnahkan kesemua rumah terbabit dalam sekelip mata.

“Memandangkan bilangan rumah yang musnah dalam kebakaran ini melebihi 10 buah, maka siasatan lanjut berhubung kes ini akan diserahkan kepada pihak ibu pejabat untuk mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami kesemua mangsa,” ujar beliau sambil menambah api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 2.30 petang semalam.

Dalam pada itu menurut beliau, seramai empat orang mangsa, kesemuanya lelaki telah mengalami kecederaan akibat terpijak kaca dan terkena atap zink dalam kejadian itu dipercayai ketika cuba menyelamatkan harta-benda masing-masing.

Read more...

Wednesday, May 18, 2011

BANDARAYA MIRI BAKAL TENGGELAM PADA 2020? !

LETS PRAY SUPAYA ITU BUKAN KEHENDAK TUHAN

JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.
Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.
Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.
  • komen drp pembaca BH :
Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang contohnya mengehadkan penjualan Klorofluorokarbon (CFC) yang merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis. Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi yang menyebabkan suhu bumi meningkat lalu meningkatkan paras air laut. Selain itu kerajaan perlu kerap memantau kegiatan-kegiatan masyarakat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengetatkan lagi undang-undang terhadap pembakaran sampah. Apa yang dapat saya lihat, kemana saja saya pergi, di kawasan perumahan pasti ada yang melakukan pembakaran terbuka. Kerajaan juga perlu mengadakan banyak kempen supaya masyarakat dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam negara kita selain tingkah laku masyarakat itu sendiri, kerajaan perlu mengambil tindakan terlebih dahulu kerana tingkah laku oleh masyarakat dikawal oleh undang-undang yang dibuat oleh kerajaan. Jika kerajaan memberikan hukuman berat, pastinya rakyat takut untuk melakukan kesalahan seperti pembakaran terbuka dan lain-lain. Penjualan racun atau penyembur aerosol, atau penghawa dingin juga perlu dikurangkan atau dihadkan penggunaannya dan penjualannya bagi mengawal pemansan global dri terus berlaku. Bahagian sains dan teknologi pula perlu mereka alat yang banyak menggunakan tenaga solar untuk menjalankan kegiatan seharian manusia seperti penggunaan penghawa dingin. "Apalah gunanya kesenangan pada hari ini jika menerima padah pada hari esok".

Read more...

Tuesday, May 10, 2011

Balak: Serangan dapat dihalang jika wakil rakyat ambil berat rungutan penduduk

KUCHING: Serangan ke atas kem pembalakan oleh penduduk di Tebedu pada Ahad lepas akan dapat dihalang jika wakil rakyat di situ mengambil berat rungutan mereka sebelum ini.

Kedua-dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dato Sri Michael Manyin bagaimanapun nampaknya bagaikan tidak mengendahkan apa yang berlaku di kem pembalakan terbabit.

Namun, tidak jelas sama ada mereka ada bertemu penduduk untuk menasihati mereka daripada bertindak di luar jangkaan terhadap aktiviti pembalakan yang didakwa memusnahkan tanah pusaka mereka.

Manyin yang merupakan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan apabila dihubungi semalam hanya berkata: “Saya akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada polis dan pejabat daerah.”

Sementara, Riot yang juga Timbalan Menteri Luar ketika dihubungi berkata: “Saya berada di Kuala Lumpur, maka tiada komen setakat ini.”

Manyin (tiga kanan), Riot (tiga kiri) (Rakyat sudah pilih wakil rakyat, oleh itu tolong jangan abaikan suara dan masalah rakyat)

Manyin dan Riot diminta untuk mengulas mengenai demonstrasi penduduk dari 10 kampung yang membakar jentera berat termasuk lori dan kem pembalakan bagi memprotes aktiviti pembalakan di situ.

Difahamkan, itu bukan tindakan yang pertama dilakukan oleh penduduk sejak mereka menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap aktiviti pembalakan terbabit.

Dua minggu lepas mereka merobohkan jambatan balak bagi menghalang kemasukan lori balak ke situ.

Pada Ahad lepas dengan jumlah lebih 500 orang mereka telah membakar tujuh jentera berat, empat lori dan lima kem pembalakan.

Ketua Cawangan Khas IPD Serian ASP Awangku Ahmaddin Awang Wang yang turut dihubungi semalam memberitahu laporan polis telah dibuat oleh syarikat pembalakan terbabit.

  • Berita dalam versi Bahasa Iban yg kedua - 2 :

Dua pengari rayat, Kaban Parlimen (MP) Serian Datuk Richard Riot enggau Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Tebedu Dato Sri Michael Manyin dipelabaka enda nemu penusah ke bisi nyadi ba kem nya.

Enda mega ditemu, bisi tauka enda seduai betemu enggau rayat ba genturung pendiau nya lalu bisi enda ngelalau rayat ngambika enda ngaga bantah senentang pengawa betebangka kayu ke didawa dipejalaika enggau enda beradat ba kampung tanah adat bansa asal (NCR). (Berita selanjutnya)

  • Berita dalam Versi Iban terdahulunya - 1 :
Penyarut nya nyadi berindik ari kompeni batang ke bejalaika pengawa nebang kayu ba kampung sida kenyau ari bulan Enam taun 2010 suba taja pan mayuh ripot sereta bantah udah dikenataika ngagai ketuai sereta opis ke bisi kaul.

“Kompeni batang mengkang nebang kayu ba kampung kami taja pan mayuh ripot sereta bantah udah dikenataika.

Dulu agi ari tu kami udah ngaga bantah bebala mayuh lalu mutuska jematan balak kompeni nya tang tu enda dikeibuhka sida. (Berita selanjutnya)

Read more...

Gula!

Nah! hari ni gula pula naik 20 cent. Ini katanya sebagai langkah kerajaan untuk melahirkan negara berpendapatan tinggi? ada logik? jika pendapatan rakyat keseluruhanya malah kakitangan kerajaan masih banyak berpendapatan bulanan dibawah garis kemiskinan. Renung2kan lah........Selamat pagi semua
oleh itu kurangkan pengambilan gula

Read more...

Monday, May 9, 2011

500 penduduk di 10 buah kampung di Tebedu Sarawak bakal berperang - 7 Jentera , 5 khemah pembalakkan dibakar - Jangan Main Api dengan Tanah Adat NCR.

TEBEDU: Dua jentera berat, dua lori dan khemah pekerja kem pembalakan di sini semalam musnah dibakar oleh penduduk dari 10 kampung terjejas ketika demonstrasi bantahan keras terhadap aktiviti pembalakan yang memusnahkan tanah pusaka dan tanaman mereka.

Tindakan itu jelas menunjukkan kemuncak kepada kemarahan para penduduk, setelah sebelum ini hanya bertindak merobohkan jambatan balak sebagai gesaan kepada syarikat terlibat mahupun pihak berkuasa berkaitan menghentikan segera aktiviti tersebut.

Malah, demonstrasi yang disertai lebih 500 orang itu bermula sekitar jam 10 pagi nyata tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak, termasuk anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang hadir dengan jumlah anggota mencecah 20 orang daripada Unit Antirusuhan.

Dengan tempoh perjalanan satu jam menaiki gunung untuk ke kem pembalakan, kehadiran para penduduk bagaimanapun disedari awal oleh pekerja-pekerja balak yang terdiri daripada warga asing yang kemudiannya melarikan diri menyebabkan usaha penduduk untuk menahan mereka gagal.

Gunjar Jambu, 47, selaku jurucakap yang mewakili para penduduk terlibat berkata tindakan sedemikian dilakukan setelah mendapati tiada sebarang usaha dilakukan pihak berkuasa berkaitan untuk menghentikan segera aktiviti pembalakan tersebut.

“Tahap kesabaran orang kampung sudah mencapai kemuncak, sudah berapa kali aduan dan laporan dibuat namun ia (pembalakan) masih berterusan.

“Hak kami telah diceroboh, malah tanah dan tanaman kami musnah… kami 100 peratus tidak menyokong aktiviti pembalakan ini,” katanya yang ditemui ketika demonstrasi bantahan tersebut.

Selain itu, Gunjar berkata amaran juga sering diajukan kepada pekerja-pekerja balak supaya menghentikan aktiviti mereka itu namun tidak diendahkan.

“Sebab itu, kami hari ini (semalam) bertindak membakar jentera dan khemah mereka.

“Namun, usaha untuk menahan mereka yang dipercayai warga asing dari Indonesia dan Filipina gagal setelah kesemuanya berjaya melarikan diri,” katanya.

Gunjar juga sempat menceritakan di mana seorang wanita warga Indonesia, yang dipercayai isteri salah seorang pekerja balak di situ sempat melarikan diri pada malam sebelumnya bersama anak yang baru lahir beberapa hari lepas.

Sementara, Ketua Cawangan Khas IPD Serian ASP Awangku Ahmaddin Awang Wang yang turut ditemui di lokasi demonstrasi tersebut, berkata pihaknya tidak dapat menghalang tindakan penduduk terbabit ekoran situasi tegang dan beremosi ketika itu.

“Sebaik kami tiba, semua jentera dan khemah telah terbakar… keadaan ketika itu amat tegang dan kami hanya bertindak memantau sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan penduduk agar menyelesaikan perkara itu menerusi saluran yang betul tanpa bertindak terburu-buru.

“Mereka yang terbabit dalam pertikaian ini, kalau tidak berpuas hati selesaikan di mahkamah,” katanya.

BorneoPost Pemimpin & wakil rakyat mereka sila selesaikan isu ini secepat mungkin sekiranya tidak bakal ada pertumpahan darah berlaku di Malaysia Timur.
Tanah Dayak , anda sendiri mungkin tahu sejarah pertempuran antara Dayak - Madura di kalimantan. Kredit for http://www.pengerindu.com/

Read more...

Friday, May 6, 2011

Hospital mana yang tidak berperikemanusiaan ini?

Hospital mana yang tidak berperikemanusian ini? Tarik jer lesen hospital dorang baru tau.

KUANTAN: “Saya bukannya penjenayah. Kenapa mereka (pengurusan hospital) mengarahkan tiga pengawal keselamatan berkawal di pintu bilik saya, malah tidak memberi makanan kepada saya,” kata Hasim Halid, 59, yang mendakwa dilarang keluar dari wad sebuah hospital swasta di sini dengan alasan dia gagal menjelaskan baki bil perubatan.

Dia yang bekerja sebagai kontraktor dan tinggal di Jalan Beserah di sini, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 26 April lalu akibat serangan strok dan pulih selepas menerima rawatan.

“Saya sepatutnya sudah boleh keluar dari wad semalam (kelmarin), tetapi dilarang kerana hospital menuntut baki bil rawatan. Sepanjang ditahan di wad (kelmarin), saya tidak diberi rawatan dan makanan dari jam 9 pagi hingga hampir jam 11 malam. “Malah, mereka bertindak keterlaluan dengan menghantar tiga pengawal keselamatan berjaga di pintu wad saya. Mereka melayan saya seperti orang salah,” katanya di sini, semalam.

Hasim berkata, dia hanya dibenarkan keluar selepas polis dihubunginya datang ke hospital berkenaan.

Read more...

Tuesday, May 3, 2011

Osama Mati? Ada Betul ker? Atau......?

Betul ke Osama Bin Laden terkorban seperti yang digembar-gemburkan seperti di media-media sekarang ini? Atau ada propaganda tertentu disebalik cerita tersebut, untuk menutup isu lain. Entahlah kan. Mati atau tidak Osama, yang pastinya PEMBERONTAK tak akan lenyap.
GAMBAR disiarkan televisyen Pakistan menunjukkan wajah Osama Bin Laden yang didakwa Amerika Syarikat berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama. - Foto AFP

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP