Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label My Baby. Show all posts
Showing posts with label My Baby. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Ikan Tenggalan dan Tengadak (Keturunan Lampam)

Ikan Tenggalan / Menggalan (Lampam jawa) atau Lemon Balb
Ikan Lampam, siapa tak kenal ikan Lampam,ikan air tawar yang lebar bentuk badannya yang bersisik kilat dan berekor dan sirip merah campur hitam (ikan Tengadak dalam Bahasa Iban) dan spesis yang sama yang lebih besar adalah ikan Lampam Jawa (Ikan Tenggalan/Mengalan dalam Bahasa Iban), yang juga lebar dan siripnya yang berwarna kekuningan emas berkilau dan sisiknya lebih berkilat jika dibanding dengan Lampam biasa (Tengadak). Ikan besar diatas adalah Ikan Tenggalan, 2 ekor ditengah adalah ikan Terubol dan dibawah tu adalah ikan Lampam ekor merah hitam atau Teng adak.
Tengadak / lampam ekor merah
Tenggalan
Lampam jawa (Mengalan/Tenggalan) juga lebih lama membesar dan bersaiz lebih besar daripada Lampam. Lampam juga terdapat 2 jenis, satu adalah berekor merah sahaja dan satu lagi adalah berekor merah berselang hitam. Kedua-dua ikan ini mendiami habitat yang sama dan terdapat dikebiasaan tempatnya adalah di lubuk sungai dimana-mana sahaja di negara kita. Dan ikan ini juga cantik jika dipelihara di dalam akuarium anda, saya ada memelihara 2 ekor lampam jawa, satu ekor lampam ekor merah dan satu ekor lampam ekor merah hitam (Tengadak).
Tenggalan Goreng Kunyit
Ini adalah ikan Lampam Jawa (Menggalan/Tenggalan) yang digoreng kunyit, menu simple dimasak bini aku minggu lepas, besar juga ikan lampam ni. Harga pun boleh tahan, 3 ekor ikan ni sartu ekor lampam (Tengadak) dan dua ekor Lampam Jawa (Mengalan) harganya RM20 yang dijual di Niah Suai. Baru ditangkap penduduk dan menjadi rebutan oleh warga pendidik di kawasan pedalaman untuk menjadi santapan eksotik. Memang sedap digoreng, satu ekor bini aku buat pekasam, digoreng rangup.
Anak aku melahap ikan Tenggalan goreng kunyit rangup

Read more...

Wednesday, May 12, 2010

My Son, Gunting Rambut

Pada hari Sabtu lepas, aku dan mama bawa idek pegi gunting rambut di kedai gunting berdekatan. Ini kali kedua gunting rambut beliau, pertama kali di Sri Aman, tapi tak sempat ambik gambar, time Tahun Baru Cina hari tu, dikenakan double cas. Sekejap Add Imagejer rambut beliau tumbuh panjang.dah siap dah..hensem kan hehe

Read more...

Tuesday, January 12, 2010

My Lovely Son ketika 6 Bulan

Inilah gambar my lovely son ketika berumur 6 bulan buat tatapan kekawan semua, hehe. ramai juga anak kekawan aku yang sebaya ngan hensem boy aku ni, so sebagai tatapan dan ingin berkongsi kegembiraan, saya upload ke sini gambar "Bujang Sigat" kami ni disini, hehe. Praise The Lord kerana besar KasihNya.

Read more...

Friday, October 16, 2009

Tak sabar nak balik Miri

Semakin aku menghitung hari yang berlalu dan yg akan datang, semakin panjang waktu yang aku lalui untuk sampai ke bulan Disember yang aku nanti ini. mana tidaknya, sudah 4 bulan lebih aku telah meninggalkan baby ku yg dirindui dan isteri ku yg kusanyangi serta ahli keluarga yang sentiasa dihati. Pastinya menjelang Krismas nanti amat bermakna buatku, kerana ia adalah Krismas pertama buat aku dan Isteri yang pertama kali merayakan Krismas sebagai Papa & Mama dan yang paling istemewa adalah buat baby kami, kerana ia adalah Krismas pertama buatnya. Zidek sudahpun berusia 4 bulan lebih sekarang, aku juga suka bermain dengan anak kawan sepejabat aku yg seusia dengan babyku, pasti perkembangan mereka adalah sama walaupun anak kawan aku tu lebih tua sehari sahaja. em...so miz them..Idek 3 bulan lebih

Read more...

Saturday, August 29, 2009

My Handsome Boy

Praise The Lord! Kerinduanku semakin mendadak kepada yang tersayang, my son & my wife, my son semakin membesar dan semakin Handsome :-) dan sekarang sudah masuk 2 bulan lebih. Sudah dua minggu lebih anak aku pandai mamam bubur nasi/beras yang dimasak mak mertua aku. Ini adalah gambar terbaru my handsome boy yang dikirim mama dari Sri Aman yang berada di sana sempena cuti ni.

Read more...

Tuesday, July 14, 2009

Kesyukuran tidak terhingga

Sudah sebulan seminggu saya menjadi seorang Papa, perasaan ini susah hendak digambarkan betapa bahagia dan betapa bersyukurnya diriku kepadaNya yang mengurniakan cahaya mata buat aku dan isteri tercinta. Kehidupan ini lebih bermakna buat kami dan bertambah ceria kerana kehadirannya. Tak lekang di ingatan dan wajahnya sentiasa terukir di mindaku setiap hari, manakan tidak, genap sebulan 3 hari setelah bercuti, saya terpaksa berpisah dengan anak dan isteri tersayang kerana tuntutan tugas . Laut Cina Selatan yang memisahkan kami tidak sama sekali membuatkan kami terasa jauh, kerana yang tersayang sentiasa di hati dan di doa. Setelah itu, mama pula yang terpaksa berpisah dengan Zedek kerana memulakan tugas pada 10 Ogos ni setelah tamat bercuti bersalin. Mama bertugas di Sekolah di Hulu Suai Niah Miri. Oleh kerana tidak dapat menjaga baby kerana tugas dan Zedek masih kecik, mak mertua saya yang menjaga Zedek sehingga bulan Disember ni di Sri Aman......Waaaa.....so sad buat kami....kerana kami terpaksa berpisah....walaupun seperti sekejap....tetapi sangat lama buat ku...Mama ada balik ke Sri Aman pada Cuti Merdeka dan Raya nanti....dan saya akan balik pada Disember nanti cuti Krismas...I Miz mama n Zedek....pray for us. GBU...

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

My Son Gift From God

Em, Shalom semua, inilah anugerah Tuhan bagi saya dan wife. Tuhan memberikan kami cahaya mata lelaki bagi kami, Praise The Lord, kerana Dia mendengar doa kami. Sewaktu saya menulis ini adalah genap dua minggu usia anak saya ini. Dan kami namakan dia Mechizedek Matteo Marin. Maksud nama ini adalah Melchizedek = King of Justice & Matteo = Gift From God & Marin = Papa.

Read more...

My Son Swimming

Inilah Melchi (pronaunnya MELKEY) sedang berenang kuak lentang di swimmingbesen sewaktu dimandikan neneknya, hehe.

Read more...

Thursday, June 11, 2009

I'm Flying...today..

Halo gemoning, setelah menghitung hari yang cukup lama buat ku yang sangat teruja nak memangku baby ku, aku pun bertindak seribu daya untuk balik lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan dan tarikh yang tertera di dalam tiket ku. Tiket yang kami dapat tu adalah "tiket percuma" ataupun waran yang diberikan Jabatan kami, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Memang satu kelebihan jika Sabahan, Sarawakian yang bekerja di Semenanjung akan dibiayai oleh jabatan masing-masing untuk mendapat waran ini setahun sekali iaitu tiket return yang dituntut dari Malaysian Airline System (MAS). Waran tersebut juga akan merangkumi seluruh keluarga yang ada bersama penerima waran tersebut jika keluarga penerima waran ada bersama-sama di Semenanjung, tidak mengira berapa orangpun. Tapi saya sorang jer. So, tiket saya sebelum ni adalah 20 Jun untuk balik ke Miri, ianya sangat lama untuk ditunggu, tak senang duduk, lagipun saya automatically cuti setelah baby saya dilahirkan, dan cuti tidak dapat dibawa ke belakang, kalau tidak, cuti saya akan burn, so sia-sia la saya cuti kalau tidak balik kan. Saya cuba menghubungi ibu pejabat JKM Negeri Selangor, namun bgitu CC dan Org yg menguruskan tiket tersebut cuti plak....so tunggu plak esok..keesokan hari nya aku kol lagi ke ibupejabat, mereka plak meeting seharian....So, baru saya ingat saya belum.....and I PRAY....then..aku dapat panggilan dari kawan aku dari Melaka, Nirwan, dia cadangkan aku utk kol MAS utk menukar tiket tu, so 1.13pm aku kol lah setelah lama mencari nombor tel MAS di internet. Dengan tidak disangka-disangka aku aku menelefon mereka tepat pada waktunya kerana 24 jam sebelum berangkat adalah syaratnya untuk menukar tiket, pada 8 mlm...penuh...5pm...penuh...3pm...penuh...1.15pm.....ada kosong...ha..."Nasib baik awak kol sebelum 1.15pm, kerana 24 jam, ngam-ngam 1.15 ada kosong, kalau tak esok lagi baru ada kosong" kata org tu. Praise The Lord! saya dapat satu tempat kosong pukul 1.15pm hari ni...so hari ni saya landing di Miri see my Lovely Baby n Wife. Pray for my perjalanan. GBU all.

Read more...

Tuesday, June 9, 2009

Hari Bersejarah, Bertuah dan Berkat Buatku....09.06.09

Praise the Lord! itu sahajalah yang mampu terjerit dan terungkap di hatiku, hari yang sangat dinantikan dan sangat mendebarkan bagi seorang suami kerana akan menjadi seorang AYAH!. Dan itulah yang saya alami pada awal pagi ini. Sembilan bulan penantian yang mendebarkan dan begitu membuatkan aku dan mama sangat teruja menanti kehadirannya yang telah tiba saatnya pada pukul 03.00am tanggal 09.06.09. Malam semalam telah menunjukkan tanda-tanda awal kelahiran telah tiba, dan mama pun telah dikejarkan hospital Miri oleh kakak dan mak mertuaku. Puji Tuhan kerana mama melahirkan baby secara normal dan tiada banyak karenah, semua kerana AnugerahNya. Tahniah buat diriku dan mama kerana kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dengan sempurna dan cute boy dengan beratnya 2.4 kg. Tapi sayang sekali saya tidak berada berdekatan dengan mama saat mama melahirkan baby.....saya salah haribulan untuk balik ke Sarawak. Emmm....Gambar baby???? Nantikanlah posting seterusnya gambar HERO kami yang cute hehehe...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP