Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label My Job. Show all posts
Showing posts with label My Job. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Rezeki Banjir Penduduk di Tebingan Sungai Bakong

Sudah genap dua minggu aku bertugas di Beluru bakong menjaga Pusat Pemindahan di Dewan Masyarakat Beluru Bakong. Selain memantau, menjaga di Bilik Gerakan Banjir, aku juga melawat dan memantau keadaan setiap penduduk yang menjadi mangsa banjir bersama SAO beluru ke beberapa kampung kaum Iban dan Melayu di tebingan sungai Bakong. Diantara kampung yang saya lawati adalah Kpg Melayu Beluru, Kpg Setinggan Beluru Bakong, Rh Empaga Sg Beluru, Rh Degom Sg Tisam, Rh Nibang Sg Tisam, Rh Rinding Sg Tisam, Rh Pandong Sg Tisam, Rh Linggi Sg Urong, Rh Anthony Kedit Logan Manok, Rh Adin Sg Kelabit, Rh Ansok & Rh Tipa Sg Kelabit, Rh Ree Sg Buri dan Rh Turan Sg Buri, dan mungkin ada lagi kampung yang saya tidak ingat lagi. Memang enjoy jugak apabila melawat setiap kampung tersebut, tambahan dengan musim banjir seperti ini banyak ikan yang berkeliaran dan inilah kesempatan penduduk kampung mendapat ikan dari pelbagai spesis dengan banyak dan hasilnya mendatangkan punca pendapatan sampingan. Hampir setiap Rumah Panjang yang kami lawati telah menghidangkan kami santapan ikan Bawan dan Keli panggang dan salai. Dalam keseronokan sambil bekerja tersebut, perasaan takut dan geli sentiasa menyelubungi kerana Sungai bakong yang dikenali sebagai sungai Kerapa adalah terkenal dengan banyaknya sang bedal iaitu buaya. Memang banyak buaya berkeliaran, menurut penduduk buaya selalu lepak di pokok ara dan sering kelihatan berkeliaran di bawah dan halaman rumah. Pada kesempatan ini juga saya mewakili kami semua ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang melayan dan menyambut kami dengan tebuka dan baik.
Ikan MengalanIkan Bawan kena pukat.
Ikan Bawan dan Keli disalai.
Ikan Bawan Salai
Penduduk Sg Urong Rh Linggi.
Ikan Bawan dibuat pekasam di Rh Pandong Sg Tisam
Keadaan di Pasar Beluru Bakong yang sibuk dengan hasil tangkapan mereka yang dijual.
Ikan Mengalan, walaupun banyak tetapi harganya masih RM16 sekilo.
Ikan Baong pula RM19 Sekilo
Ikan Padi, Mengalan, Urum, Banta
Ikan Keli Bakong, keli bewarna kuning.
Keli dipanggang dan disalai, rasa lemak dan sedap..kulit rangup, isi lemak berair...sedappp...Mengalan
Ikan Bawan di dalam jaring.
Ikan Baong
Saya bersama SAO Bakong dan Inspektor Nuri dan Engan menggunakan perahu Polis melawat kampung yang terjejas banjir. Pakai perahu fiber kecil jer..meredah sungai banyak sang bedal.

Read more...

Friday, November 5, 2010

Trip Bantuan Kebakaran ke Temala, Long Lama

Sakit badan, itulah kesimpulan setelah 2 hari bekerja dan menguruskan bantuan bencana kebakaran di Daerah Long Lama di Temala. Kebakaran 5 buah bangunan kedai di Long Lama pada awal pagi 03 Nov 2010 yang memusnahkan semua harta benda di kedai itu dianggarkan beratus ribu. Sakit badan adalah bukan kerana pekerjaan yang dilakukan, tetapi sakit badan disebabkan digoncang dalam kenderaan 4 roda yang kami pakai diatas jalan yang teruk sekali. Bertolak dalam pukul 3pm ke tempat kejadian adalah kami menempuhi beberapa kenangan dan beberapa kejadian pelik dan pertama kali kami lalui. Hari pun menjelang senja dan seterusnya malam menjelma, kawan-kawan bercerita pasal jika kita terserempak dengan landak atau tenggiling, wah bukan maian lagi bercerita apakah masakan paling sedap bagi memasak landak atau tenggiling atau kijang, bercerita-bercerita dan bercerita, saya tetap membisu dan hanya tersenyum saja mendengar cerita mereka. habis saja cerita, kemudian senyap seketika.....dengan tiba-tiba muncul benar-benar seekor landak di hadapan kami, dan...apalagi! driver kami terus memberek kenderaan dan berteriak "Landak! kejar!kejar, ambik torclihgt dan parang!"....kawan saya seorang cina tu apa lagi dia keluar dan ambik torchlight dan parang dan terus turun cari landak tersebut, tetapi saya bilang, "eh tak payah lah kejar landak tu, dah lari bah landak tu,tak kan dia nak tunggu kitaorang tetak dia"....mereka semua turun...saya pun turun jugak dengan hati yang agak takut ler hehe...suluh sana..suluh sinun..tiada apa bayangan..wah kami pun meneruskan perjalanan dengan cuaca yang agak baik dengan bintang penuh dilangit menerangi malam. setelah sejam begitu kami sampai di Kem Balak di Lohpun, dan bermalam di sana dirumah kenalan disana. Setelah berehat dan berbual dengan kenalan itu, tiba-tiba kawan aku yang cina tadi tu baru sedar wallet dia hilang!...dan dia sedar sebelum ini walletnya masih ada, sebelum turun kejar landak tadi...."Landak kah?!" tanya kenalan kami yang agak berumur itu tadi berbangsa kenyah, "Kamu kejar landakah?" tanya beliau lagi, "ya" jawab kami serentak, "Aduh,siap...tak boleh tu...tak boleh kejar..kamu kena sudah dengan landak tu"..katanya..saya tau maksud beliau tu. lepas tu, dia bilang lagi..."Landak tu separuh hantu, jangan kejar dia jika ternampak landak atau tenggiling jika perjalanan dlam hutan tanpa ada senapang"....wah bukan main kecut lagi kawan aku tu dengar tu..."kamu telah dipermainkan landak tu, wallet kamu tu gerenti ada disana bersama landak tu, kalau nasib kamu baik, gambar kamu atau ic kamu tu wajahnya menghadap ke langit, jadi ia senang ditemui, tetapi jika ic atau gambar kamu tertungkup,memang malang serta ia tidak dapat dicari, tapi jangan risau saya nampak gambar kamu itu memandang kelangit, jom kita pergi cari"... dia bilang. So kami pun turun lagi membelah kegelapan mencari wallet kawan saya tu...dipendekan cerita....sampai di tempat tadi....kawan aku tu jumpa wallet dia dengan terpampang dua keping gambarnya memandang ke langit...wah sungguh terkejut....lepas tu lelaki kenalan kami tu tadi tanya "IC kamu adakah?"....lepas tu saya dan kawan saya tu cek wallet...terkejut ic telah tiada...cari lagi...tiada..."IC tiada woo" kata kawan saya tu..."mesti ada, saya mau ambik nombor ic kamu, cek lagi" kata org tua itu...kawan saya tu buka lagi...terkejut..."eh ada!" bilang nya.....woooo...memang meremang bulu roma aku...sebab tadi aku pun dah cek...kawan aku pun cek...ic memang tiada...tetiba ada...lalu orang tua tu minta ic tu dan menulis nombor nya.....(heheh aku tak nak bagi tau nombornya sini)...lepas tu kami bergegas masuk kereta dan balik lagi. Orang tua tu,kenalan kami tu bagi amaran "Lain kali jangan banyak mulut dan kalau melihat sebarang binatang lintas jalan jangan lah kejar tanpa ada senapang, dan kalau boleh jangan kejar landak atau tenggiling, haiwan lain kira ok, sebab kedua-dua haiwan tu ada separuh hantu" kata dia. Wah bukan main lega hati kawan saya tu, dan berjanji denga diri sendiri akan jaga mulut dan lebih berhati-hati jika berjalan dalam hutan. Itulah pengajaran yang kami terima, saya sudah mengetahui itu dari pertama kali, sebab datuk saya dulu pun pernah bagitau saya, kalau nampak landak jangan kejar, dan jangan bercerita pasal landak jika di hutan, kerana landak tu jahat bilangnya.
  • Sedikit gambar ke Long Temala
Pemandangan jalan ke Batu Gading (Kuari Holly Stone)
Jalan menuju ke Temala - Long Bemang - Long Bedian
Gambar kenangan bersama kulit harimau dahan di rumah pak cik (kenalan tempat tinggal kami)
Sampai di kem balak Lohpun Interhill, Isi Minyak
Gambar kenangan di bawah pokok di sebelah kebakaran
Barang-barang terbakar Dalam perjalanan balik, kami melihat ada jualan ikan sungai iaitu ikan mengalan dan ikan tapah di tebing sungai TeruIkan Mengalan Sungai Teru

Read more...

Wednesday, February 3, 2010

Salam Perpisahan buat kawan2 yang dikasihi dan pasti akan dirindui...

Salam Mesra, selamat sejahtera keatas semua dan Salam 1 Malaysia kepada rakan2 sekalian.Pertama sekali saya ingin berkongsi kegembiraan dengan rakan2 semua terutama kepada rakan sekerja di PPKKS, setelah 2 tahun lebih kita bersama menjalankan tugas bersama, sangat banyak pengalaman dan saat2 manis kita lalui. Pada ruangan ini, saya dgn rasminya ingin mengumumkan bahawa saya telah mendapat tawaran berpindah tempat bertugas baru iaitu di tanah kelahiran saya sendiri, Miri Sarawak, Pejabat Kebajikan Bahagian Miri (PKMB MIRI) dan akan memulakan tugas disana pada awal Februari 2010 ini. Setelah permohonan pertama saya ditolak dan memohon kali kedua, permohonan saya diluluskan. Permohonan perpindahan saya adalah untuk memenuhi tanggungjawab seorang suami dan seorang ayah yang perlu berada bersama keluarga sendiri.Di sini juga saya sampaikan salam kepada rakan2 yg disayangi sekursus 3 bulan di ISM Siri 1, rakan2 se-Politech JB yg dirindui, kenalan2 yg lain... memang terasa sangat berat untuk meninggalkan tugas dan terutama sekali rakan2 setugas di PPKK Serendah, setelah beberapa lama kita bersama dan kita seperti sekeluarga, suka duka kita tempuhi bersama, sangat banyak kenangan yang sukar utk dilupakan. Semua warga PPKKS, Tuan Pengetua, PKM2, Cikgu2, Pentadbiran, Kaunseling, Tukang Masak, Jaga, Atendan, Pemandu dan pelatih semua, Pada kesempatan ini saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki kepada semua jika saya ada terkasar bahasa, terlanjur kata, perbuatan, menyinggung perasaan dan mengasari kalian, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf kepada semua. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang pernah membantu saya samada dalam kesusahan dan senang sepanjang kita bersama. Jika saya ada berhutang kepada semua jgn malu meminta dibayar, takut saya tak ingat, jgn risau saya akan bayar. Terasa sangat berat hati untuk berpisah dengan rakan2 semua....:-(....demi keluarga saya mesti melakukannya, tambahan pula kita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Utamakan keluarga, dan doakan saya agar terus maju dan mantap di tempat tugas yang baru. Semoga persahabat kita terus berpanjangan serta berkekalan dan semoga berjumpa lagi. Terima Kasih. Berkat Berjasa, Berkhidmat Untuk Negara.

Read more...

Sunday, January 31, 2010

Lawatan Ke Melaka (last trip wth PPKKS)

Semalam kami mengadakan lawatan ke Sekolah Henry Gurney di Melaka. Sekolah ini adalah untuk menempatkan kanak-kanak/remaja yang berumur 14-21 tahun yang pernah melakukan kesalahan Juvana dan jenayah. Mereka ditempatkan disini dibawah jagaan Jabatan Penjara Malaysia. Setelah selesai membuat lawatan tersebut, kami sempat ronda-ronda di Bandar Hilir untuk melawat tempat-tempat tertentu sahaja. Tidak banyak yang sempat kami kunjungi kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak. Kami juga tidak sempat ke Kota A Famosa dan Eye on Malysia, tapi pada tahun 2001 saya pernah menyertai aktiviti yang diadakan 3 buah Politeknik diadakan di Melaka yang bertajuk "Back to the Pass" di sekitar bandar melaka, projek fotografi dan ilustrasi dimana kami ditugaskan mengambil gambar dan melukis secara live. Berbanding semalam, sangat banyak perubahan yang berlaku dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP