Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 18, 2011

BANDARAYA MIRI BAKAL TENGGELAM PADA 2020? !

LETS PRAY SUPAYA ITU BUKAN KEHENDAK TUHAN

JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.
Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.
Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.
  • komen drp pembaca BH :
Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang contohnya mengehadkan penjualan Klorofluorokarbon (CFC) yang merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis. Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi yang menyebabkan suhu bumi meningkat lalu meningkatkan paras air laut. Selain itu kerajaan perlu kerap memantau kegiatan-kegiatan masyarakat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengetatkan lagi undang-undang terhadap pembakaran sampah. Apa yang dapat saya lihat, kemana saja saya pergi, di kawasan perumahan pasti ada yang melakukan pembakaran terbuka. Kerajaan juga perlu mengadakan banyak kempen supaya masyarakat dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam negara kita selain tingkah laku masyarakat itu sendiri, kerajaan perlu mengambil tindakan terlebih dahulu kerana tingkah laku oleh masyarakat dikawal oleh undang-undang yang dibuat oleh kerajaan. Jika kerajaan memberikan hukuman berat, pastinya rakyat takut untuk melakukan kesalahan seperti pembakaran terbuka dan lain-lain. Penjualan racun atau penyembur aerosol, atau penghawa dingin juga perlu dikurangkan atau dihadkan penggunaannya dan penjualannya bagi mengawal pemansan global dri terus berlaku. Bahagian sains dan teknologi pula perlu mereka alat yang banyak menggunakan tenaga solar untuk menjalankan kegiatan seharian manusia seperti penggunaan penghawa dingin. "Apalah gunanya kesenangan pada hari ini jika menerima padah pada hari esok".

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP