Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 27, 2011

Penduduk Baram minta permit untuk buru buaya

MARUDI: Jika di Sungai Seblak, Kabong dan Sessang, po-pulasi buaya dikatakan banyak hingga terpaksa diadakan operasi pemburuan, maka tidak kurang juga halnya di Batang Baram yang memang terkenal dan cukup sinonim dengan reptilia tersebut.

Berbeza di kawasan yang dinyatakan di atas, buaya-buaya yang menghuni Batang Baram, Sungai Tinjar dan Sungai Bakong sering kelihatan dan lebih mudah ditemui kerana sentiasa dilihat tersadai atau berjemur di tebing-tebing sungai, malah ada kalanya atas jeti rumah- rumah panjang.

Keadaan ini bukan sahaja menakutkan malah mengundang bahaya bagi penduduk yang menggunakan laluan sungai dan penghuni rumah panjang dan sekolah yang terletak di tebing-tebing sungai.

Seorang penduduk, Tuai Rumah (TR) Nyegang Nyawin, 50, dari Sungai Temiang, Bakong Hilir berkata, adalah wajar bagi pihak berkuasa berkaitan memberikan mereka permit atau lesen sah untuk membolehkan mereka memburu dan membunuh buaya-buaya ini yang mempunyai populasi tinggi di ketiga-tiga batang sungai itu.

“Kita tidak mahu apabila sudah berlaku perkara yang tidak diingini, seperti serangan buaya di mana mangsa terpaksa membunuh buaya kerana mempertahankan diri, tiba-tiba mereka (pihak berkuasa) datang menyiasat dengan pelbagai pertanyaan, seolah-olah kita melakukan ke-salahan besar,” katanya kesal.

“Tambahan pula pada musim kemarau ini, bukan sahaja penduduk rumah panjang yang turun ke sungai untuk mencari rezeki dan ikan, malah buaya juga semakin agresif memburu mangsa.

“Ada kalanya, sang buaya akan naik ke tebing dan membaham apa sahaja kelibat binatang yang ada ketika itu, tidak kira sama ada anjing, lembu dan ternakan yang lain malah manusia juga boleh menjadi mangsanya,” ujar beliau.

Justeru kata TR Nyegang, adalah wajar bagi mereka diberikan permit supaya boleh memohon dan melancarkan operasi yang serupa seperti yang dilakukan di Kabong baru-baru ini, demi keselamatan penduduk terutama dengan jumlah populasi reptilia itu yang dipercayai semakin bertambah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP