Miri Old Town Being Rebuilt
Miri-
Pasar lama Miri sudah di robohkan pada pertengahan tahun 2008. Waktu aku bercuti balik Miri, sungguh terkejut melihat kebanyakan bangunan lama telah dirobohkan. Kebanyakan bangunan yang dirobohkan adalah bangunan lama sejak kolonel britis dahulu ataupun sebelum merdeka.
Saya tidak tahu, apakah tujuan sebenar mereka merobohkan bangunan-bangunan itu walaupun telah mendapat bantahan daripada banyak pihak. Sebagai Bandaraya Peranginan (Resort City) adalah sangat wajib Miri memelihara dan memulihara semua khanzah lama termasuk bangunan.
Jika tujuannya hanya hendak membuat bangunan baru yang lebih kurang juga bentuknya dengan bangunan lama, adalah sangat tidak memadai untuk dibina bangunan baru itu. Kalau hendak membuat bangunan baru yang dianggap cantik, itu adalah salah,kerana pelancong dan pelawat yang datang ke Miri bukan hendak melihat bangunan baru itu, kerana ditempat mereka lebih banyak pencakar langit yang canggih dan hebat. Kebanyakan pelancong datang ke Miri hendak melihat tapak sejarah dan tempat peranginan.
Sayang sungguh khanazah yang hilang di Miri.....yang tinggal adalah Grand Old Lady jer.....Pelabuhan lama Miri di belakang KFC tepi sungai tu pun akan dirobohkan tak lama lagi, pelabuhan itu adalah didirikan oleh British dulu..
0 comments:
Post a Comment