Small Orange Tortoise on the Terung's Tree
Terung yang sudah matang/tua berwarna Orange, rasanya masam dan sesuai untuk masakan sup yang ada rasa masam sedikit. Jika yang muda ia berwarna hijau dan mempunyai rasa yang berlainan dan tersendiri dengan terung matang ini. Biasanya selonggok seperti diatas ini dijual dengan harga RM6.00! 3 ataupun 4 biji untuk terung yang matang oren ini, yang hijau murah sedikit.
Ini adalah masakan rusa salai yang dimasak sup dengan terung yang separa matang/ hijau kuning. Aku ada tanam pokok terung di batas depan rumah, terung tu memang aku minat, orang kata terung tu banyak kat Sarawak sahaja, dan susah nak dapat kat Semenanjung sini, Hari tu my wife bawa terung tu dari Sarawak, dan aku ambi bijinya dan aku tanam di batas. Ala...terung bulat tu bah, we call it's "Terung Iban" di Sarawak. Ada yang dengan jokes mengatakan ia adalah "Apple Sarawak" tau ka "Terung Emas".
Balik aku dari kursus, aku terkejut terlihat pokok terung aku tu rosak daunnya dimakan "serangga" pemakan daun. Aku teropong dekat-dekat, rupanya ia dimakan oleh serangga comel kegemaran aku sewaktu kecil dulu, iaitu dikenali Kekabuh Kura-Kura sebutan BM nya, kalau dalam iban, mungkin "Empangau" kot, tah aku pun tak tau la..


2 comments:
Apu! Terliur ku Brot...Terung iban campur apapun sodap! Hehehehe....
Nak tanya macam mana you tanam terung tu. I ada biji terung yang dah kering tapi tak tahu macam mana nak tanam. Harap bagi panduan.
Aida.
Post a Comment