Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 11, 2009

Lembu Berjasa

Ini lah lembu yang ditambatkan dan bakal menjadi korban pada 15 nanti. Lembu-lembu inilah yang mengisi kekosongan padang bola kami jika tiada kami dan bebudak kami yang belegar di padang tersebut. dan lembu inilah yang menjaga,memberi baja dan memakan rumput padang kami tu. Jasamu tetap dikenang lembu.
Ini adalah bekas rumput yang ditebas oleh bebudak aku di sebelah kandang lembu untuk di bagi makan lembu tersebut.
Ini adalah sungai di belakang Pusat kami, sewaktu aku memeriksa dan memantau lembu tersebut aku mengambil gambar sungai tersebut dan berenang hehehe...sungai ni dari gunung kat Hulu Selangor. Disinilah bebudak aku selalu mandi dan selalu dihambat aku untuk balik, bukan tak bg dorang mandi,tapi risau dengan keselamatan dorang juga kan, aku time sebaya dorang ni lagi la nakal, lagi dalam dan deras sungai tempat aku bermain, berenang dan menyelam haha..berbanding dorang kira aku la otai haha..
Ha, ini adalah lombu kat Pusat kita org disini, usia lembu ini adalah lebih kurang 5 tahun. Pada asalnya kita ada 7 ekor lembu iaitu dua daripadanya adalah anak lembu. Minggu lepas kita telah membuka tender untuk menjual lembu tersebut. Dan enam daripada lembu tersebut telah dibeli oleh seorang lelaki India dan telah diambil menggunakan lori, tinggal la sekor ni yang telah ditambatkan di kandang. beberapa hari ni lembu ni telah diikat disini kerana risau ia melarikan diri coz ia tak biasa hidup bersendirian. Jadi aku menyuruh bebudak aku agar mencari rumput dan daun utk makanan lembu ini supaya dibri makan dengan kerap. Lembu ini bakal dikorbankan pada 15 Mei ini, sempena hari kenduri perpisahan yang telah kami jadualkan nanti sebagai meraikan hari terakhir bersama Bos (Pengetua) kami yang akan berpindah tempat bertugas sebagai Pegawai Menteri di Kementerian. Beliau baru sahaja setahun lebih berkhidmat di sini dan berpindah pula ke tempat lain, masih seronok dan suka bersama beliau, beliau telah pun pindah pula. nantikan hari kenduri tersebut untuk kisah selanjutnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP