Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 30, 2011

Rezeki Banjir Penduduk di Tebingan Sungai Bakong

Sudah genap dua minggu aku bertugas di Beluru bakong menjaga Pusat Pemindahan di Dewan Masyarakat Beluru Bakong. Selain memantau, menjaga di Bilik Gerakan Banjir, aku juga melawat dan memantau keadaan setiap penduduk yang menjadi mangsa banjir bersama SAO beluru ke beberapa kampung kaum Iban dan Melayu di tebingan sungai Bakong. Diantara kampung yang saya lawati adalah Kpg Melayu Beluru, Kpg Setinggan Beluru Bakong, Rh Empaga Sg Beluru, Rh Degom Sg Tisam, Rh Nibang Sg Tisam, Rh Rinding Sg Tisam, Rh Pandong Sg Tisam, Rh Linggi Sg Urong, Rh Anthony Kedit Logan Manok, Rh Adin Sg Kelabit, Rh Ansok & Rh Tipa Sg Kelabit, Rh Ree Sg Buri dan Rh Turan Sg Buri, dan mungkin ada lagi kampung yang saya tidak ingat lagi. Memang enjoy jugak apabila melawat setiap kampung tersebut, tambahan dengan musim banjir seperti ini banyak ikan yang berkeliaran dan inilah kesempatan penduduk kampung mendapat ikan dari pelbagai spesis dengan banyak dan hasilnya mendatangkan punca pendapatan sampingan. Hampir setiap Rumah Panjang yang kami lawati telah menghidangkan kami santapan ikan Bawan dan Keli panggang dan salai. Dalam keseronokan sambil bekerja tersebut, perasaan takut dan geli sentiasa menyelubungi kerana Sungai bakong yang dikenali sebagai sungai Kerapa adalah terkenal dengan banyaknya sang bedal iaitu buaya. Memang banyak buaya berkeliaran, menurut penduduk buaya selalu lepak di pokok ara dan sering kelihatan berkeliaran di bawah dan halaman rumah. Pada kesempatan ini juga saya mewakili kami semua ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang melayan dan menyambut kami dengan tebuka dan baik.
Ikan MengalanIkan Bawan kena pukat.
Ikan Bawan dan Keli disalai.
Ikan Bawan Salai
Penduduk Sg Urong Rh Linggi.
Ikan Bawan dibuat pekasam di Rh Pandong Sg Tisam
Keadaan di Pasar Beluru Bakong yang sibuk dengan hasil tangkapan mereka yang dijual.
Ikan Mengalan, walaupun banyak tetapi harganya masih RM16 sekilo.
Ikan Baong pula RM19 Sekilo
Ikan Padi, Mengalan, Urum, Banta
Ikan Keli Bakong, keli bewarna kuning.
Keli dipanggang dan disalai, rasa lemak dan sedap..kulit rangup, isi lemak berair...sedappp...Mengalan
Ikan Bawan di dalam jaring.
Ikan Baong
Saya bersama SAO Bakong dan Inspektor Nuri dan Engan menggunakan perahu Polis melawat kampung yang terjejas banjir. Pakai perahu fiber kecil jer..meredah sungai banyak sang bedal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP