Ikan Tenggalan dan Tengadak (Keturunan Lampam)
Ikan Lampam, siapa tak kenal ikan Lampam,ikan air tawar yang lebar bentuk badannya yang bersisik kilat dan berekor dan sirip merah campur hitam (ikan Tengadak dalam Bahasa Iban) dan spesis yang sama yang lebih besar adalah ikan Lampam Jawa (Ikan Tenggalan/Mengalan dalam Bahasa Iban), yang juga lebar dan siripnya yang berwarna kekuningan emas berkilau dan sisiknya lebih berkilat jika dibanding dengan Lampam biasa (Tengadak). Ikan besar diatas adalah Ikan Tenggalan, 2 ekor ditengah adalah ikan Terubol dan dibawah tu adalah ikan Lampam ekor merah hitam atau Teng adak.
Lampam jawa (Mengalan/Tenggalan) juga lebih lama membesar dan bersaiz lebih besar daripada Lampam. Lampam juga terdapat 2 jenis, satu adalah berekor merah sahaja dan satu lagi adalah berekor merah berselang hitam. Kedua-dua ikan ini mendiami habitat yang sama dan terdapat dikebiasaan tempatnya adalah di lubuk sungai dimana-mana sahaja di negara kita. Dan ikan ini juga cantik jika dipelihara di dalam akuarium anda, saya ada memelihara 2 ekor lampam jawa, satu ekor lampam ekor merah dan satu ekor lampam ekor merah hitam (Tengadak).
Ini adalah ikan Lampam Jawa (Menggalan/Tenggalan) yang digoreng kunyit, menu simple dimasak bini aku minggu lepas, besar juga ikan lampam ni. Harga pun boleh tahan, 3 ekor ikan ni sartu ekor lampam (Tengadak) dan dua ekor Lampam Jawa (Mengalan) harganya RM20 yang dijual di Niah Suai. Baru ditangkap penduduk dan menjadi rebutan oleh warga pendidik di kawasan pedalaman untuk menjadi santapan eksotik. Memang sedap digoreng, satu ekor bini aku buat pekasam, digoreng rangup.
Anak aku melahap ikan Tenggalan goreng kunyit rangup
0 comments:
Post a Comment