Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 14, 2009

Kesyukuran tidak terhingga

Sudah sebulan seminggu saya menjadi seorang Papa, perasaan ini susah hendak digambarkan betapa bahagia dan betapa bersyukurnya diriku kepadaNya yang mengurniakan cahaya mata buat aku dan isteri tercinta. Kehidupan ini lebih bermakna buat kami dan bertambah ceria kerana kehadirannya. Tak lekang di ingatan dan wajahnya sentiasa terukir di mindaku setiap hari, manakan tidak, genap sebulan 3 hari setelah bercuti, saya terpaksa berpisah dengan anak dan isteri tersayang kerana tuntutan tugas . Laut Cina Selatan yang memisahkan kami tidak sama sekali membuatkan kami terasa jauh, kerana yang tersayang sentiasa di hati dan di doa. Setelah itu, mama pula yang terpaksa berpisah dengan Zedek kerana memulakan tugas pada 10 Ogos ni setelah tamat bercuti bersalin. Mama bertugas di Sekolah di Hulu Suai Niah Miri. Oleh kerana tidak dapat menjaga baby kerana tugas dan Zedek masih kecik, mak mertua saya yang menjaga Zedek sehingga bulan Disember ni di Sri Aman......Waaaa.....so sad buat kami....kerana kami terpaksa berpisah....walaupun seperti sekejap....tetapi sangat lama buat ku...Mama ada balik ke Sri Aman pada Cuti Merdeka dan Raya nanti....dan saya akan balik pada Disember nanti cuti Krismas...I Miz mama n Zedek....pray for us. GBU...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP