Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 14, 2011

Guru-guru di pedalaman sibuk berkempen menentang BN?

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat menasihati warga pendidik khususnya di kawasan luar bandar, supaya tidak melibatkan diri dalam kempen pilihan raya negeri yang ke-10 ini.

Beliau berkata demikian selepas terkejut mendengar khabar angin mengatakan terdapat guru-guru di kawasan pedalaman khususnya di negeri ini, sedang sibuk berkempen menentang Barisan Nasional (BN).

Beliau yang mengulas lanjut perkara itu mengingatkan guru-guru bahawa kerajaan sedia ada kini adalah BN dan sebagai kakitangan kerajaan tindakan menentang kerajaan adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.

“Sebagai kakitangan kerajaan, kita mestilah patuh kepada kerajaan yang memerintah di mana pada masa ini kerajaan BN yang memerintah jadi janganlah cuba untuk melawan BN dan jangan cuba membangkitkan isu-isu terhadap BN.

“Justeru itu saya mahu warga pendidik, khususnya di kawasan pedalaman untuk prihatin terhadap masalah murid-murid terutama sekali dari segi pendidikan dan janganlah terlibat dalam mana-mana kempen yang menentang kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan rasmi Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi ke bandar Sri Aman malam semalam.

Bagaimanapun beliau juga tidak menafikan bahawa khabar angin tersebut hanya propaganda pakatan rakyat dalam menimbulkan isu-isu yang boleh mencetuskan ketidaksefahaman di antara jentera kerajaan.

“Walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan sebilangan warga pendidik ini berbuat sedemikian, tetapi saya harapkan ia cuma satu khabar angin sahaja kerana saya percaya guru adalah warga pendidik yang gigih membimbing generasi muda dalam mengejar ilmu dunia dan tiada masa untuk mereka bergiat aktif dalam perkara ini..

“Saya juga percaya ini adalah satu tipu helah pihak lawan yang suka membelit-belitkan isu-isu dalam kempen-kempen mereka menentang BN,” katanya.

Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran itu semalam adalah sempena lawatan rasmi beliau ke semua sekolah-sekolah khususnya di kawasan pedalaman di negeri ini yang dijangka berakhir pada 14 April ini.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memastikan sistem pendidikan di kawasan pendalaman adalah berjalan lancar di samping meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini.

“Kita akan melawat ke semua sekolah-sekolah khususnya di kawasan pendalaman negeri ini dalam usaha kita meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara kita,” kata Puad.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP