Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 14, 2011

Bekalan Elektrik dan AIr Bersih janji YB Sylvester di kampung kami

KLIK pada gambar untuk lebih jelas bagi pembacaan artikel
Ya, setiap kali Pilihan Raya mesti mau ada janji projek oleh wakil rakyat setiap kali ke tempat lawatannya dan ini membuatkan penduduk amat gembira "MENDENGAR" janji tersebut, namun tidak kurang pulak yang muak dan meluat mendengar janji tersebut kerana projek tersebut mungkin hanya janji kosong. Tidak kira, sama ada pihak Pembangkang atau BN, janji harus dikotakan, jangan hanya nak gaut keuntungan ke atas projek dan menggaut keuntungan ke atas tempat yang dikuasi. Harap kepada sesiapa yang menang kelak samada BN atau Pembangkang, janji harus dikotakan, kerana rakyat telah memberi mandat kepada mereka. Kali ini, YB Sylvester sekali lagi datang ke kampung kami, dan menjanjikan bahawa kawasan kampung kami disin akan menerima bekalan elektrik dan bekalan air bersih selewat-lewatnya pada JULAI 2011 ini. Kami rakyat penduduk disini akan KLEM janji ini sekiranya beliau menang lagi di kawaswan DUN ini, kerana belum ada nampak pembangunan ketara semenjak beliau berkuasa di tempat ini ke atas kampung kami. sudah 40+ tahun negeri ini masuk Malaysia, namun keadaan pedalaman masih umpama pada zaman belum merdeka. Kami mengharapkan pembangunan keatas penduduk pedalaman, sekurang-kurannya ada bekalan elektrik, jalan raya dan bekalan air bersih dan semua itu amatlah mencukupi sebagai rakyat yang DIKATAKAN tinggal di NEGERI TERKAYA ini (TETAPI RAKYAT MISKIN). Sekian. TRANSFORMASI.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP