Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 14, 2011

Taib jamin bantu komuniti Kristian jika BN memerintah

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberi jaminan akan membantu komuniti Kristian di negeri ini jika kerajaan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti. Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan sesi dialog tertutup dengan Persatuan Gereja-gereja Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam. “Saya telah berdialog dengan pemimpin-pemimpin gereja dan mereka menjelaskan beberapa masalah yang dihadapi khasnya mengenai geran untuk sekolah dan ketidakmampuan untuk membesarkan sekolah-sekolah mubaligh bagi memenuhi keperluan komuniti Kristian di negeri ini. “Ibu bapa Kristian memberitahu tidak boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah (mubaligh) sama mereka sekolah dulu kerana tidak cukup tempat, sekolah tidak boleh dibesarkan sebab tidak cukup wang,” jelasnya. Beliau menambah beberapa isu akan dipertimbangkan dan mereka (kerajaan) akan melihat bagaimana boleh meringankan beban yang ditanggung oleh gereja-gereja di negeri ini. “Mereka akan bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) esok (hari ini) bagi membincangkan masalah-masalah berkaitan,” tambahnya. Ditanya sama ada isu rampasan Alkitab turut dibincangkan semasa dialog itu, Taib berkata: “Tidak, perkara ini sudah selesai, jadi tiada masalah. Hakikatnya ia tidak boleh dibangkitkan, sekurang-kurangnya dalam kes Sarawak.” Sementara itu, Biskop bagi Sarawak dan Brunei Darulsalam, Revd. Datuk Bolly Lapok mendedahkan pada dialog itu Taib menegaskan politik dan agama sebaik-baiknya dikendalikan secara berasingan. “Beliau (Taib) berkata jika ia dikendalikan bersama adalah amat mudah disalahgunakan dan boleh menyebabkan kekecewaan tidak sepatutnya kepada rakyat Sarawak,” jelas Bolly. Menurutnya dua perkara itu perlu diasingkan kerana tidak mahu terlibat dalam kerja-kerja duniawi dan hanya untuk Tuhan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP