Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 28, 2010

Boulievard, Taraf Hypermarket! Mesin ATM satu jer?

Terpaksa beratur panjang untuk penggunaan mesin atm di Boulevard Hypermaret Miri
Siapa pernah ke Hypermarket Boulivard di Miri? Pastinya warga Miri tak seorangpun tidak pernah menjejak kaki ke Hypermarket yang terkenal dengan kesesakan pengunjung ini. Pelbagai barangan dan keperluan 99% ada di hypermarket ini. Parkingnya adalah teratur dan sangat luas untuk beratus-ratus kenderaan diluar dan di UG parking. Pada hari Jumaat, atau pada hujung bulan Hypermarket ini tidak dapat dikunjungi kerana terlampau ramai orang sehingga berhimpit-himpit, ini juga disebabkan oleh penduduk negara jiran Brunei datang beramai-ramai shoping di sini. Tetapi, masalah yang merumitkan dan tak sudah-sudah menjadi rungutan pengunjung ke pasaraya ini adalah KETIADAAN MESIN ATM!! hanya satu jer mesin ATM sini iaitu Bank Islam sahaja. Bagi yang ada ASB, boleh ler ambik kat Pos Opis berdekatan. Setiap masa mesin ATM dan Pejabat Pos ini dipenuhi barisan panjang oleh pelanggan yang dengan tujuan yang sama nak ambik duit.
Bangunan Boulevard Hypermarket Miri dari luar
So, kami sebagai Mirian, hendak menyuarakan supaya pihak berkaitan Hypermarket Boulevard Miri disini menyediakan mesin ATM lebih banyak lagi supaya pasaraya anda masih menjadi pilihan, kerana di Miri sekarang dah macam cendawan wujud pasaraya lain yang bakal menjadi saingan anda. Pengunjung Prihatin. Salam 1 Malaysia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP