Sarawak Simple Kreatif
Tadi makan kat Ming Cafe, makan kat kedai ala-ala 1 Malaysia, ada kedai Malay, Cina, Mamak dan Campuran. Sedang kami makan kat situ, aku tertarik melihat disudut tiang yang memaparkan sebuah bingkai kreatif iaitu satu tenunan campuran media benang dan buluh, dan diatasnya sebiji ukiran kayu separuh bulat yang diukir dengan kreatif. Dengan tergerak hati aku pun ambik gambar frame tersebut, kalau nak beli mesti mahal tu. Dalam bilik sana tu ada sebiji pasu besar ukiran sarawak tembus yang diisi oleh dahan-dahan kering yang terjuntai sungguh menarik. Teringin untuk memilikinya. Terdetik di hati untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif seperti ini untuk menghiasi rumah, lebih menarik jika ia adalah hasil tangan sendiri.
0 comments:
Post a Comment