Happy Deepavali
Pada malam semalam aku kerja malam, malam menjelang Deepavali. Tepat jam 12am semalam pekan serendah dan perumahan di Serendah di terangi oleh sinaran warna-warni bunga api yang sangat banyak sehinggakan cahaya terang mengelilingi kami, bunyi letupan mercun menambahkan lagi situasi yang meriah itu. Bunga api dan letupan mercun berlarutan sehingga awal pagi jam 02am. walaupun ianya sangat membingitkan telinga, tetapi itulah Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dan penuh warna-warni. Belum lagi berlalu mood Raya, Deepavali sudah tiba. Selepas Hari Raya Korban nanti menjelang pula Krismas yang dinanti dan pastinya tidak kurang meriahnya, dan mejelang pula Tahun Baru disusuli Tahun Baru China serta Thaipusam tahun hadapan. Sungguh Indah Malaysia dan bertuah menjadi Anak Malaysia. Tetapi di Sarawak tidak ada perayaan Deepavali dan Thaipusam diadakan, kerana tidak ramai kaum India di Sarawak dan Sabah, dan sangat sukar kalau nak terjumpa India di Sarawak, kalau ada pun mungkin di Klinik, Hospital dan di Petronas, kerana mereka mungkin doktor dan bekerja di syarikat Petronas. Dan di Semenanjung pula tidak ada cuti untuk Perayaan Gawai dan Keamatan, Ia hanya diraikan di Sarawak dan Sabah sahaja. Dengan Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada kawan-kawan dan semua yang meraikannya, semoga perayaan ini membawa berkat kepada kalian. Happy Deepavali.
- Terlupa bawa Kamera semalam utk shoot fireworks.... frusted!
1 comments:
epi deepavali...
Post a Comment