Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 25, 2009

Lelitak adalah sejenis siput yg sedap dimakan..

Pagi tadi wife aku ke Pasar Sri Aman nak shoping sikit barang la nak bawa balik Miri nanti. Di pasar Sri Aman memang selalu ramai yang turun membeli barang basah di sebuah market basah di Market Sri Aman di tebingan Sungai Lupar yang popular dengan Pesta Benak itu. So, nak dijadikan cerita dalam entry kali ini adalah my wife tadi belilah satu makanan eksotik yang sememangnya glamour di Sri Aman iaitu LELITAK sejenis siput licin yang boleh dimakan. Jika anda melihatnya, anda pasti geli oleh kerana licin melekit di badan siput ini, siput ini tanpa cengkerang. Tapi menurut mereka LELITAK ini sangat sedap dan boleh dimasak dengan pelbagai cara. Rasanya adalah seperti lintan/pedal ayam kenyal dan liat sedikit. ia boleh dimasak goreng kicap dan direbus dengan sayur pucuk manis/cangkuk dan dimasak goreng cili atau sebagainya. berikut adalah gambar dan cara pnyediaannya utk dimasak dan dimakan:
Lelitak siput tanpa cengkerang
Lelitak di siang dan dibuang perutnya
Direbus terlebih dahulu sebelum memasaknya mengikut menu kesukaan
Kemudian Lelitak tadi dimasak dengan sayur pucuk manis atau di kenali sebagai cangkuk di Sarawak. dan ianya siap untuk dimakan...em..nyum..nyum..nyum....

6 comments:

Ivy Metaga September 25, 2009 at 2:32 PM  

sik pernah kmk tengok, tapi macam sedap jak oh ....

MCM September 25, 2009 at 8:25 PM  

ya kah ivy, mun mau nanga nya ivy g sri aman la...buat tour to sri aman...di sri aman aja tok ada bah...ikan bulu pun ada, siput merah(siput sedut) pun ada....macam tekuyung juga tau..

Ivy Metaga September 25, 2009 at 11:34 PM  

ok pasti akan buat tour ke sri aman lain kali hehe, mok juak tgk makanan yg sukar mau didapati kat tempat lain oh

Mr.J September 26, 2009 at 10:15 AM  

Ulat matar agik bisi jual diak.

Mr.J September 26, 2009 at 10:24 AM  

naiiiiiiiii enda aku nemu tuk tau diempa. suba diumpan aku ngintik litak nyak. haha

MCM September 26, 2009 at 11:17 AM  

hahaha pia bro...memula aku datai ke semanggang suba nda meh aku nemu, nyau tekenyit gak aku tu tau diempa asai nda pecaya hahaha....matar di Miri maioh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP