Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 1, 2009

Festival Tari Malaysia 2009

Malam tadi saya pergi menyaksikan Hari Penyampaian Anugerah Festival Tari Malaysia di DBKL yang diwakili oleh 6 buah Negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah selama 3 malam berturut-turut dan malam ke-4 adalah pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah oleh YB Senator Timbalan Menteri Kesenian dan Kebudayaan. Sabah muncul juara setelah berjaya menggaut beberapa anugerah dan memenangi Keseluruhan Pertandingan dan mebawa RM25 ribu sebagai juara keseluruhan serta RM25 ribu lagi daripada anugerah yang lain. Tahniah untuk kontijen tari Sabah. Pertandingan ini diadakan 2 tahun sekali.
Persembahan yang memukau daripada 3 orang Kariografer (betul ke ejaan tu?) terkenal.
Persembahan duet yang bertenaga penari berkostum Sabah
(Atas) Persembahan Tarian Siam yang amat memukau dan mengagumkan dipersembahkan Artistana. (Atas) Persembahan mengagumkan Moden Etnik di pertontonkan
(Atas) Persembahan gaya China, sangat menarik. Kumpulan ini pernah mewakili Malaysia dalam tarian ke luar negara.
Persembahan gabungan bagi peserta dan juga dari penari jemputan dari Istana Budaya (Artistana) yang berkonsepkan 1 Malaysia. Keseluruhan konsep pertandingan adalah berkonsepkan 1 Malaysia.
  • Pada malam tadi adalah cuma persembahan sahaja, pertandingan adalah sudah tamat pada 3 malam berturut. Tapi sayang sekali saya duduk di belakang, D60 aku cuma pakai lens 18-55mm sahaja tidak dapat zoom dekat. Sewaktu aku nak turun kebawah dekat stage, aku telah dihalau oleh pengawal....malunyer hehehe

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP