Sembelih Lembu di PPKKS


15.05.2009:-Hari ini adalah hari yg memenatkan buat aku, mana tidaknya, malam tadi aku kerja malam 10pm-07am, pas tu sambung pulak aku ke sif pagi 06am-03pm. Silap aku juga kerana sepatutnya semalam aku kerja waktu pejabat, tapi aku salah tengok duty roster dan masuk malam dan terpaksa pulak sambung sif pagi yg sememangnya aku sif pagi. Tambahan pula pagi tadi ada program sembelih dan melapah serta memasak lembu untuk kenduri malam nantinya. woo..banyak jgak kerja nak dibuat, bagi tugas kpd bebudak aku dan mengawal mereka, dah la bebudak aku susah betul nak dikawal, ya la dorang tu sedang hyperaktif, nak jaga semua bebudak kitaorg tu tak cukup tangan. Waktu sembelih lembu tadi pun bayak jgak karenah, ada yg luka tangan kerana potong & ambik daun pisang luka kaki, aku mcam buka klinik dah nak balut luka dorang pula. Penyembelihan di lakukan Ustaz Roslan. Kebanyakan staf turun membantu bergotong royong hari ni, seronok jugak tengok suasana gotong-royong bersama semua pelatih. Bersyukurlah kerana berjalan dgn lancar, bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
0 comments:
Post a Comment