Selamat Hari Guru 2009
Pada ruangan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu dimana sahaja cikgu bertugas. Dengan bertemakan "
Guru Pembina Negara Bangsa" memang sesuai untuk tema bagi guru, kerana gurulah permulaan sesuatu dan segalanya. Tanpa guru, tiadalah perdana menteri,tiadalah doktor, tiadalah pengetua, tiadalah professor, tiadalah S52, tiada pilot, tiada engineer, tiadalah saintis dan tiadalah saya seperti sekarang ni seperti puisi yg ditulis oleh Usman Awnag diatas. Saya juga mengucapkan Hari Guru kepada cikgu saya yang mengajar saya pada mulanya saya menjejakkan kaki saya ke SRK Sg Seputi Bakong Miri dahulu 1988 saya masuk darjah satu, yang pertama mengajar saya mengenal ABC & 123 iaitu Cikgu Aben, Cikgu Hariffin, Cikgu Liom, Cikgu Aton, Cikgu Buang, Cikgu Andra, Cikgu Faizal, Cikgu Awang, Cikgu Azahari, cikgu Bunsu, Cikgu Nick dan mungkin ada yg tertinggal disebut kat sini, rasanya tiada yang tertinggal, nama cikgu-cikgu saya di SRK ini masih segar di ingatan saya kerana mereka tiada kenal erti jemu, marah, putus asa, lemah semangat dan tetap bertanggungjawab mendidik kami yang tinggal di pedalaman. Walaupun jauh di pedalaman yang tiada elektrik ketika itu, air paip pun tidak konsisten, mandi dan mencuci di sungai, tinggal di kuarters cikgu yang buruk dan penganggkutan utama menghubungi ke sekolah kami ketika itu adalah hanya sebatang sungai sahaja, jadi hanya menggunakan perahu enjin sangkut selama 30 minit. Cikgu saya tidak mengenal erti perit dan payah mereka tetap bertugas walaupun ada yang berasal dari semenanjung. Setiap minggu mereka menyediakan aktiviti KK dan sukan, sangat seronok ketika itu, jika diceritakan kisahnya....tidak mencukupi ruangan ini, sejuta kenangan tetap diingatan ketika duduk di kerusi Sekolah Rendah dahulu. Dan juga Cikgu-cikgu yang mengajar saya di SMK Bakong Miri Sarawak, Cikgu, jasamu sangat bernilai bagi kami, dan jasamu tetap dikenang hingga ke akhir hayat. Selamat Hari Guru...

0 comments:
Post a Comment