Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 14, 2009

Kami Eksiden tadi..

Kereta Wira kawan aku yg remuk teruk, kereta ni baru siap modifiy semalam. very Unlucky..
Inilah Viva bangsat tu, yang memandu macam mat gian, melampau lajunya, mujur kami sedang berhenti tadi, kalau tak mungkin kami juga terpelanting. Praise The Lord kami tak ada apa-apa.
Towing sudah mari, walaupun berlaku perebutan diantara towing-towing yang datang tadi mcam nak bergaduh dorang berebut tadi.
Kebetulan kemalangan tu berlaku dpan gate kami tadi, berduyun-duyunlah member staff dan bebudak turun melihat, dan juga penduduk berdekatan.
Inilah keadaan jalan yg masuk ke tempat kami PPKKS, jalan lurus dan bahaya kepada yang nak masuk ataupun keluar jalan ni, kerana tiada space hendak berhenti sebelum masuk, jalan lurus jer, tambahan pula ia penghujung jalan berkembar sebelum lalu jambatan sempit tu. Kami memohon pihak bertanggungjawab Majlis Penbandaran Kuala Kubu Bharu atau JKR menaiktaraf jalan tersebut, tambahan juga jalan ini sangat gelap waktu malam kerana tiada sebarang lampu jalan bermula dari Trafik Light Sg Choh sampai ke Pekan Serendah. Pleaselah siapa bertanggungjawab, kami tidak mahu berlaku lebih banyak kemalangan berlaku disini.
Balik makan (lunch) tadi dari Rawang, kami tidak mengetahui sama sekali apa yg berlaku setelah kami kenyang, yg kami tahu selepas makan kenyang dan balik kerumah. Bak kata pepatah Malang Tidak Berbau, kerana dalam perjalanan balik makan tadi, sedang kami nak masuk ke simpang ke PPKKS, kami berhenti sementara di jalan nak masuk, menunggu habis kereta lalu di sebelah, signal dri jauh dah on dah nak masuk ke kanan, kami pergi 2 buah kereta, kereta kawan kat belakang kami, kami menggunakan wira, kawan aku punya, kami berada di dalam ada 4 orang, aku duduk kat belakang...Tiba-tiba kami terdengar bunyi brek kuat "TRREEEEEEEEETTTTT!!!!!"....dan "BBAAAMMM!" ,Oh my God!, terasa dentuman yang kuat menerjah belakang kami, dah lah....kami kena langgar dari belakang oleh Viva yg meluru laju memotong kereta kawan kami dari belakang dan menghentam kereta kawan aku tu yg tengah berhenti nak masuk simpang. habis remuk belakang kereta dia, dan juga viva tersebut remuk di depan, seorang pemuda India memandu dan terdapat kawannya yg lain didalam tu 3 org cina, seorang mengalami kecederaan luka di bahagian mata dan dihantar ke klinik sebelah jer. Memang ternyata org tu bersalah kerana memandu laju dan melanggar dari belakang. ada sedikit kekecohan berlaku tadi di tempat kejadian, namun dapat diselesaikan. Time aku menulis ni mereka sedang di Balai Polis Serendah membuat laporan, kawan aku yg temankan kawan aku yg eksiden tu di Balai Polis kerana dia saksi melihat 'live' dari belakang kejadian tu. Namun aku bersyukur kepadaNya kerana tidak berlaku apa kecederaan keatas kami, Thanks Lord kami percaya bahawa Engkau melindungi kami dari bahaya dan kecelakaan, Praise the Lord.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP