Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 16, 2009

Dua Pekerja Stesen Minyak Hilang Selepas Tanah Runtuh Di Miri

MIRI, 16 Jan (Bernama) -- Dua orang pekerja sebuah stesen minyak di sini dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh yang menimpa tempat kerja awal pagi ini. Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan pada 6.30 pagi tadi tetapi sehingga 10 pagi ini, kedua-dua belum ditemui. Dua pekerja berkenaan hanya dikenali sebagai Endi, 28, seorang warga Indonesia, dan Ah Chiang, 22. Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 2 pagi tadi, dan turut menyebabkan bekalan elektrik ke sebuah perkampungan berdekatan terputus beberapa jam. Stesen minyak itu, yang terletak berdekatan lereng Bukit Kanada di sini, telah beroperasi sejak 20 tahun lepas. -- BERNAMA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP