Dua Pekerja Stesen Minyak Shell Miri Berjaya di temui
Mangsa yang terperangkap dalam kontena tertimbus mati.
Miri: Dua mangsa tersebut telah ditemui mati di dalam sebuah kontena yang terletak di belakang stesen minyak tersebut. Mangsa pertama telah ditemui lebih kurang pada pukul 1.30 petang dan berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.
Mayat kedua pula berjaya dikeluarkan pada pukul 1.50 petang. Sejurus sahaja mangsa dikeluarkan, Timbalan Ketua Menteri yang juga ADUN N63 Piasau YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Residen Miri, ADUN N64 dan beberapa pegawai kerajaan yang lain tiba di tempat kejadian bagi meninjau kawasan runtuhan tersebut dan melihat mangsa.
Sebelum itu, seawal 7.30 pagi ADUN N65 Pujut YB Andy Chia dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak yang juga ADUN N65 Senadin YB Lee Kim Shin telah meninjau kawasan kejadian.
Pihak Bomba, Pasukan Polis, Jabatan Kerja Raya dan beberapa agensi kerajaan yang lain berada di tempat kejadian dari awal pagi tadi berganding bahu menyelamatkan dua lelaki malang itu. Namun, mangsa gagal diselamatkan.
- Penduduk di kawasan berhampiran dinasihati agar sentiasa peka dengan informasi terkini berhubung kedudukan tanah dan keselamatan kawasan persekitaran.
- Bagi kawasan yang terlibat, berpindah ke kawasan yang lebih selamat merupakan satu langkah yang perlu buat masa ini.
0 comments:
Post a Comment