Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 10, 2011

Salahkan Guru lagi?

SIBU: Gara-gara gagal meng-isi Borang Untuk Tinggal Di Asrama Sekolah, dua pelajar Tingkatan Satu dirotan di bahagian punggung oleh ketua warden sebuah sekolah me-nengah di Durin, malam Ahad lepas.

Kejadian tersebut menyebabkan kedua-dua pelajar terbabit iaitu Nicholas Novy Gumbang dan Sylvester Ansam Stephen, fobia untuk pergi ke sekolah apatah lagi untuk tinggal di as-rama.

Tidak pusa hati dengan keja-dian itu, ayah Nicholas iaitu Gumbang Tegap telah merujuk perkara tersebut kepada seorang aktivis sosial di sini iaitu Dr Johnny Kieh.

“Saya agak terkejut dengan kejadian apabila dimaklumkan mengenai perkara ini, lebih-le-bih lagi pelajar tersebut dirotan di hadapan pelajar lain kerana didakwa gagal mengisi borang.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku jika guru atau warden terbabit bersikap profesional. Mereka tidak perlu terlalu emosi atau bertindak sedemi- kian kerana ia boleh menjejas-kan psikologi pelajar,” ujar Dr Johnny.

Memburukkan lagi keadaan, katanya, kedua-dua pelajar terbabit kini trauma serta takut untuk pergi ke sekolah.

Sebelum kejadian, menurut Dr Johnny, beliau diberitahu oleh Gumbang yang anaknya dan Sylvester diminta pulang ke rumah panjang mereka di Nanga Ma-ngut, Sungai Machan, Kanowit serta diberi borang untuk diisi.

“Kedua-dua pelajar itu ada memberitahu Gumbang yang mereka telah dirotan sekali oleh warden di bahagian punggung dengan rotan,” jelas beliau.

Kesal dan sedih dengan keja-dian, ayah pelajar terbabit kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pusat di sini, kelmarin sebelum merujuk perkara itu kepada Dr Johnny.

Kedua-dua pelajar terbabit juga telah dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan ke-sihatan.

Dalam laporan polis, menurut Dr Johnny, kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di Durin pada kira-kira jam 9 malam Ahad lepas, iaitu selepas kelas malam.

Ayah pelajar terbabit turut mendakwa yang anaknya telah menghantar borang itu terlebih dahulu kepada guru tingkatan mereka. Mangsa juga dikatakan mengalami lebam di bahagian punggung, akibat dirotan.

Dr Johnny memberitahu, ayah pelajar terbabit telah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, meminta mereka untuk melihat perkara terbabit dan seterusnya meng-ambil tindakan terhadap pihak yang berkenaan.

Salinan surat, katanya, turut dihantar kepada Pegawai Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Bahagian, berserta salinan laporan perubatan dan laporan polis.

“Kita tidak mahu perkara ini disalah erti oleh orang ramai memandangkan guru telah diama-nahkan untuk mendidik anak-anak, dan bukannya bertindak kasar,” tambah beliau.

  • Trend sekarang, anak buat salah, guru ambil tindakan, ibubapa tidak puas hati
  • Ibubapa buat report polis
  • Ibubapa jumpa orang yang tidak patut untuk penyelesaian
  • Kenapa tidak patut?kerana org itu tidak jumpa cikgu tersebut berbincang mengenai masalah sebenar.
  • dan org tersebut anggap cikgu tidak profesional, org yg profesional harus selesaikan masalah dengan cara "face to face n slow talk"
  • Bukan terus jumpa media untuk menghebohkan perkara kecil yg mempertikaikan tugas guru.
  • Keterlaluan tanpa segan kesalahan anak, terus utuskan surat kepada PM dan Menteri Pendidikan.
  • Kanak-kanak @ Remaja, jika berbuat salah, mereka pandai buat cerita untuk cover diri mereka seolah-olah mereka tidak bersalah. (berpura-pura trauma)
  • Sebenarnya malas ke sekolah.
  • Saya pernah dihukum cikgu lebih teruk daripada hukuman ini.
  • Hargailah guru....saya pernah mengalami sangat membenci guru yang suka mendenda saya ketika sekolah dulu...tanpa memikirkan salah yg telah saya lakukan....
  • Sekarang baru saya tahu betapa mulianya tugas cikgu itu, sama ada mengajar atau memberi denda kepada saya.
  • Kalau tidak puas hati dengan cara guru medidik di sekolah, didiklah anak kita dengan cara yg terbaik.
  • Zaman telah berubah, dahulu pelajar sangat menghormati guru dan hasilnya murid dahulu tidak berbekalkan perangai tai bersama ilmu didada yg diperolehi dari guru.
  • Sekarang....lihatlah sendiri....apa dah jadi dengan generasi muda yg kebanyakannya bersikap kurang hajar.

3 comments:

my.mastura February 15, 2011 at 4:16 PM  

bebudak skang mmg ngengada...sikit2 trauma..sikit2 trauma..padahal diri snediri mmg dh jenis pemalas...

mak bapak pon 1..sikit2 nk report..siap buat surat kt PM..mcm leee najib tu x der mender lain nk buat!

Anonymous,  February 23, 2011 at 2:31 PM  

baru-baru ni Najib buat kenyataan di media yang beliau sekarang tidak akan melayan aduan yang mcm ni... kerana beliau sibuk dengan kerja-kerja rakaman video perkahwinan N2N di sekitar Malaysia.
Beliau sertakan alamat blognya http://n2nstudio.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP