Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 10, 2010

Kebakaran di Rumah Panjang Kaum Penan di Batu Bungan Mulu Sarawak

Hangus, tiada yang tinggal, cuma tunggul
Wajah Ketua kampung Batu Bungan berlatarbelakangkan kampungnya yang musnag dijilat api. Timbalan Ketua Menteri, menghulurkan bantuan kepada mangsa yang disalurkan melalui JKM
YB Lihan Jok, turut meninjau tempat kebakaran
Ketiga-tiga blok habis dijilat api
Wajah kami berkesempatan bergambar setelah selesai memunggah barang dari perahu ke lori, gambar diambil pada jam 1.23 pagi.
Sempat berposing di papan tanda Taman Negara Mulu sebelum berangakat pulang ke Miri
Pada awal minggu ini kami agak sibuk menguruskan bantuan bencana akibat kebakaran di kampung kaum Penan di batu Bungan di Mulu. Sebanyak 28 pintu telah hangus dan kesemua 32 keluarga tinggal sehelai sepinggang akibat dari bencana yang menimpa rumah panjang malang itu awal pagi 06.12.2020 pada pukul 4.00 pagi. Kampung ini sudah mengalami 2 kali kejadian sama sebelum ini dan kini mereka mengalaminya lagi setelah Kerajaan membina rumah mereka ala-ala chalet yang cantik terdiri dari 3 blok rumah panjang itu kesemuanya 28 pintu. Jabatan kami bergegas kesitu dengan segera dengan jabatan lain dengan menggunakan penerbangan Maswing dan melalui darat serta sungai. Saya menyertai perjalanan dengan menggunakan darat dan sungai, perjalanan darat mengambil masa 7 jam dan sungai 2 jam lebih kerana melawan arus deras sungai Terawan. Dengan membawa muatan bantuan makanan, kami menggunakan perahu sampai di Mulu pada pukul 12.30pagi dengan meredah hujan. Hari seterusnya, Timbalan Ketua Menteri, Alfreds Jabu ak Numpang turut bersimpati dan menjenguk mangsa dan memberi bantuan kepada mangsa yang sepatutnya meraikan Hari Krismas yang akan datang dengan gembira bertukar menjadi murung dan tiada suasana riang seperti tahun sebelum ini. Kami turut bersimpati.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP