Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 11, 2010

Baram Dam

Suasana senja di Ulu Baram
Banner yang digantung dimana-mana di atas pokok oleh masyarakat tempatan
Gunung
Gunung
Jalan tinggi diatas gunung
Gunung
Jalan di Ulu Baram
Sungai di Long San yang Jernih
Gunung Kelulung yang menjolok awan
Saya bekerja hampir setiap minggu travel ke ulu baram, saya adalah pencinta alam flora dan fauna serta amat sayang akan keharmonian hidup dimana masyarakat ulu adalah suasana indah di masa saya dibesarkan dan sehingga hari ini, sedikit demi sedikit keindahan itu telah diragut oleh arus pembangunan kononnya yg hanya lebih menguntungkan syarikat pembalakan sahaja. Masyarakat ulu hanya mengecapi jalan balak yg pasti tidak akan dipulihara lagi jika kawasan itu telah menjadi sepah nanti oleh syarikat mereka. Keindahah ciptaanNya nun jauh disana, dikiri kanan tersergam indah gunung-ganang, lembah hijau, siulan merdu unggas dan lolongan alunan haiwan yang semuanya itu bakal akan lenyap sekiranya nanti EMPAGAN BARAM itu dimakbulkan.
Lori Syarikat balak penuh dengan muatannya
Dan sudah pasti tiada lagi senyuman manis dari masyarakat tempatan menyambutan ketibaan kita, yang ada mungkin rungutan dan kemurungan di wajah mereka mengenangkan tanah ladang dan huma mereka yang telah musnah serta punca pendapatan mereka telah terputus. Maka jalan raya tanah mengerutu-karu yang selama ini menghubungkan mereka dari dunia luar juga nanti akan bakal ditenggelami air. Puncak gunung yang menggapai dan menjolok serta mencecah awan nanti tiada lagi kerana ia akan menjadi tebing tasik buatan manusia yang melawan alam ciptaan Tuhan. Ya, sudah pastinya aktiviti ini hanya menguntungkan pihak yang berkenaan sahaja nanti, berbanding dengan masyarakat tempatan yang menanggung kerugian dari semua segi dalam tempoh masa yang panjang seakan masyarakat di Bakun sekarang. Keuntungan dijanjikan adalah masyarakat akan mendapat bekalan elektrik suatu hari nanti. Tetapi siapa setuju dan percaya pada saya, jika saya berkata, "bekalan elektrik itu nanti akan lebih membebankan masyarakat kerana bilnya mahal". Untuk balasan jika ini diwujudkan juga, kami masyarakat Baram meminta supaya masyarakat di Baram akan mendapat bekalan elektrik secara percuma dalam tempoh 100 tahun. Jika diwujudkan projek SOLAR besar-besaran lebih bagus kerana ia adalah lebih mesra alam dan menjamin pengekalan ekosistem semulajadi.
Gunung Kelulung dari jauh

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP