Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 15, 2009

Karnival Warga Emas 2009

Semalam kami turut dijemput untuk hadir bersama meraikan Karnival Wagra Emas sempena Hari Warga Emas Kebangsaan 2009 di Taman Pudu Ulu, Jln Pudu Perdana, Cheras KL. Hari Warga Emas tahun ini bertemakan "Kesepaduan Antara Generasi". Karnival ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pemabangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dan turut serta adalah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Y.Bhg Dato' Meme Zainal Rasyid. Semua Instisusi Warga Emas di seluruh negeri turut hadir dan juga NGO turut dijemput menyertai karnival ini. Pelbagai acara yang diadakan untuk meraikan Warga Emas seperti Senam Seni 1 Malaysia, Larian Amal Inter-Generasi yang disertai oleh seorang warga emas dan dua orang ahli keluarganya samada anak dan cucunya di dalam setiap kumpulan yang dilepaskan oleh Ketua Pengarah JKMM. Disamping itu pelbagai acara sukaneka, Karaoke lagu 60-an, Persembahan Kebudayaan, Live Band, pertandingan mewarna daripada kanak-kanak, Demo Penjegahan Jenayah oleh Kontijen Pulapol dan Persembahan Artis Variasi 60'an oleh Dato' A. Rahman Hassan.

Senam Seni 1 Malaysia bersama Timbalan Menteri KPWKM, YB Sen. Datin Paduka Chew Mei Fun
Bowling Kelapa
Karaoke lagu 60'an
Bersama Dato A.Rahman Hassan, Artis Variasi 60'an.
Larian Amal Inter-Generasi yang diwakili oleh, warga tua dan dua orang anaknya setiap satu kumpulan.
  • Klik pada gambar untuk tatapan gambar lebih jelas dan besar. Terima kasih.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP