Bakul Kreatif dari Suratkhabar
Pernahkah anda melihat sebuah bakul atau pasu yang diperbuat daripada suratkhabar lama. Pernahkah anda terfikir? ini adalah sedikit hasil ciptaan kakak ipar aku di Miri tempohari, dah lama dah gambar ni, cuma aku tak ingat nak entrykan kat sini. So mari kita melihat prosesnya..
- Pertama, ambil sekeping news lama yg dipotong, dan digulung padat serta kecil, kemudian di gam. ukuran panjang, adalah terpulang.
- Kemudian anyamkan mengikut citarasa anda sendiri, bergantung kepada apa yang anda hendak hasilkan, samada bakul atau pasu.
- Selepas proses pengemasan, serta memtong lebihan hujung, catkan hasil karya anda menggunakan cat sylek.
- Selepas siap dicat, keringkan hasil anda sehingga kering. Gunakan cat sylek kerana ia membantu karya anda menjadi keras dan kalis air. dan ianya siap. TERHASILAH KARYA ANDA, LETAKAN IA SEBAGAI HIASAN ATAU KEGUNAAN MEYIMPAN BARANG. Jadikan bahan-bahan tidak terpakai menjadi satu bahan yang berfungsi dari sudut yang lain, atau RECYCLE.
- Surat Khabar lama
- Gam Kertas
- Cat Syelek
2 comments:
cun la kwn...
hehehehe...
tq bro..
Post a Comment