Padah Akibat Mencuri Besi!
Tengahari tadi, selepas habis meeting, kami di kejutkan dengan satu kejutan yang didatangi oleh seorang kanak-kanak luar dengan tergesa-gesa dan tercungapnya meminta tolong bahawa rakannya sudah tesepit besi di seberang jalan sana, (depan gate kita orang). Selepas itu kami semua terus bergegas ke kawasan dimaksudkan. Dipendekkan cerita, alangkah terkejutnya apabila kami melihat satu badan kanak-kanak dalam lingkungan umur 10 tahun sedang dalam keadaan tersepit dengan besi rerangka kabel elektrik yang menyeberangi anak sungai Kelaci di depan gate institusi kami. Keadaan posisi kanak-kanak yang tersepit itu sungguh tidak diduga dan di luar akal kita. Kami telah menghubungi ambulan Rawang dan Polis Serendah, namun sangat mengecewakan kami, bomba Rawang yang sepatutnya dapat datang dlm masa kurang 10 minti telah sampai 1 jam lebih ke tempat kawasan, dan begitu juga polis yang boleh berjalan kaki selama 5 minit jer dari balai serendah, tetapi sampai setengah jam selepas itu. Sungguh mengecewakan perkhidmatan mereka, namun begitu tindakan orang awam telah menyelamatkan kanak-kanak tersebut dengan mengangkat besi tersebut beramai-ramai dan akhirnya kanak-kanak itu dapat dikeluarkan dari besi tersepit tersebut. Kanak-kanak tersebut bersama seorang rakannya adalah memang mencuri besi tersebut untuk dijual, maklumat ini disahkan oleh jiran kanak-kanak tersebut yang menyatakan kanak-kanak ini memang suka mencuri besi walaupun telah diberitahukan kepada ibu dan ayahnya namun mereka tidak mengendahkan teguran jiran mereka itu.










Dan sampai saja masanya runtuh dalam masa kanak-kanak ini mengambil besi terakhirnya, dan runtuh akibat kanak-kanak tersebut dipercayai menghenjut rerangka itu kemudian ia runtuh ditambahkan berat kabel tersebut, tambahan pula cuaca panas mengakibatkan bsi itu jadi lembut.
- Sedang aku ngan kawan aku lepak kat pondok jaga tadi, setelah keadaan reda dan semua orang sudah beredar dari tempat kejadian, datang 2 orang lelaki menggunakan sebuah motosikal berhenti di tepi jalan itu, dan pergi ke semak berdekatan, lalu mengambil besi rerangka itu dan meletakan ke atas motosikal, apalagi aku dan kawan aku tu berteriak "Oi, jangan ambik besi tu!! Oi pencuri Oi!!!, letak balik tu!!", namun mereka terus melarikan diri bersama beberapa batang besi rerangka itu. Dipercayai lelaki itu adalah dalang juga kecurian besi ini.
6 comments:
cantik la snap pic tue...
ala...guna kemera hpon jak la bro...tak sempat ambik kamera semalam emengency giler la...
terlalu byk isu di sini bro... nak komen panjang lebar pun buat berbuih mulut je.
isu macam mana bro? komen la pendek kalau tak nak panjang hehe
Apalagi budak2 pandai mencuri.
hahaha sekolah ku la sk serendah
Post a Comment