Jalan-Jalan Baazar Ramadhan
Petang tadi kami ke Pasar Ramadhan lagi, memang ramai gak pengunjung ke pasar Ramadhan di Serendah hari ni. Seperti kata dan pendapat paper 2-3 hari ni, ya saya setuju gak yang mereka mengatakan memang bukan melihat juadah sahaja yang datang tetapi dengan pakaian-pakaian si gadis yang datang memang menjolok mata, boleh menyebabkan mereka yg puasa terbatal puasa haha, gurau jer, tetapi memang ramai la yg seperti itu. Kami ronda-ronda di pasar tersebut dengan hujan rintik-rintiknya, terjumpa gak ngan memember tadi, terjumpa fir dan wifenya, ramlan, fadzli dan Azrin, Latip & wife & daughter, Kak Ani & Daughter. Tetapi yang bestnyer kita jumpa CC (Ketua Kerani kami) dan suaminya sedang ronda-ronda gak di pasar Ramadhan telah menyebabkan kami berjalan "Dari kanan heeeennntak kaki!" aka "Langkah Kanan" kerana mereka sedang membeli Penang Char Kue Tiaw, apalagi CC telah melihat kami dia dan suami pun terus menapau untuk kami semua gak, hehehe 8 orang, tq CC, semoga diberkati terus. Mereka baru balik dari Mekah tengahari tadi.
0 comments:
Post a Comment