Daun Bungkang Penyedap Rasa
Ini adalah daun yang pada dahulunya digunakan oleh kebanyakan masyarakat Iban / Kenyah / Kayan / Bidayuh / Kelabit sebagai bahan penyedap masakan terutamanya untuk memasak daging sampai sekarang masih menjadi pilihan. Daun ini dikenali sebagai "DAUN BUNGKANG" di kalangan suku Iban, dan saya tidak pasti apa namanya dalam bahasa lain.
Daun ini biasa nya dicampur untuk memasak daging (masakan biasa) dan selalu digunakan memasak daging/ikan "Pansuh" (masakan dalam buluh). Fungsi daun ini adalah untuk menyedapkan lagi masakan, menghilangkan bau hanyir sekali gus menyerikan bau masakan tersebut, melembutkan daging masakan dan mengurangkan penggunaan ajinomoto yang boleh menjejaskan kesihatan.
cara penggunaannya adalah sangat senang, masukkan sahaja beberapa helai "daun bungkang" ini kedalam masakan mengikut keperluan ataupun bagi daun yg sudah ditumbuk, hanya masukkan beberapa yang cukup sahaja.
Daun ini terdapat banyak di hutan dan di kawasan berbukit di Sarawak, di Semenanjung mungkin ada kerana tidak pernah yang mencari. Cara menghasilkannya adalah, dapatkan "Daun Bungkang" ini, kemudian jemurkan sehingga kering, kemudian disimpan di dalam bekas/plastik. Daun ini tidak mudah rosak jika di dalam keadaan kering.
Manuk Pansuh the original iban style is chicken, salt, (use a little bit more than usual, in other words it must be tasty or slightly salty) a little bit of ginger and daun bungkang(just use 2-3 leaves only to get the fragrant) .No need onions, garlic or even serai. The secret is daun bungkang. It can easily be stored by drying it under the sun, and once dried, can be kept for a long long time. To me no daun bungkang, it is not Pansuh. The taste just wont go with the bamboo. It taste odd.
0 comments:
Post a Comment