Kursus BTN di Ayer Keroh Melaka
Semingu atau 5 hari kursus BTN telah berakhir semalam untuk base kami pada 23-27 Julai 09 di Negeri Bersejarah, Melaka di Resort D'Village Ayer Keroh. Setelah berakhirnya kursus ini, semangat kenegaraan telah bertambah bagi kami kerana dalam kursus ini telah menyuntik kami kembali bangun dari tidur selama ini. Kami sedar kami amat bertuah miliki negara yang aman damai yang merdeka dan penuh hasil serta ekonomi yang kukuh dibawah naungan kerajaan kita yang memerintah. Semoga semangat kecintaan kepada negara ini terus membara dari generasi ke generasi akan datang. Perpaduan kaum adalah satu kunci pembangunan untuk negara lebih maju serta aman dan damai seiring dengan kemajuan yang ingin dicapai berlandaskan satu semangat dan wawasan yang sama.
0 comments:
Post a Comment