Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 9, 2009

Musim Bubuk di Miri

BUBUK / Udang Kecil
Semalam my wife nak pegi cari "BUBUK", dia dan kakak ipar saya pergi ke Bakam Miri untuk membeli BUBUK kot-kot ada yang menjual kat tepi pantai tu. Tetapi dengan hampa mereka balik dengan tangan kosong kerana bubuk tidak ada disebabkan cuaca tidak menentu di Miri menyebabkan bubuk tidak hadir semalam. Sekarang adalah musim bubuk di Miri kebanyakannya mereka yang rajin turun ke pesisiran pantai untuk mencari BUBUK dengan peralatan yang direka khas yang dinamakan "PAKA" untuk menangkap BUBUK itu adalah pada waktu pagi dan petang. Mereka yang punyai masa dan lepas waktu bekerja yang rajin mencari Bubuk ini. Mungkin ada yang tidak mengenali BUBUK itu adalah apa? BUBUK adalah udang kecil yang berwarna merah (seperti gambar diatas). Kegunaan BUBUK amnya adalah untuk menghasilkan belacan ataupun dijadikan BUBUK kering (macam udang kering) untuk campuran masakan. Cara menghasilkan belacan adalah, bubuk tadi ditumbuk sehingga lumat menggunakan lesung kayu, dicampur garam dan dijemur dan kemudian ditubuk lagi sehingga lumat. dan menjadilah belacan, rasa belacan yang sedap adalah bergantung kepada kepakaran pembuatnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP