Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2)
Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya
diuntukkan khas kesemuanyaatau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama
selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
- menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
- menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
- memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undangundang.
(4)
Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan
agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara
ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan
mana-mana undang undangan yang berhubungan dengan ketenteraman awam,
kesihatan awam atau prinsip moral.
Jelaslah
bahawa kebebasan agama tercatat dalam perlembagaan persekutuan, tidak
ada sekatan atau sebarang halangan untuk melaksanakan sebarang jenis
upacara keagamaan di Malaysia. Malah pembinaan kuil atau tempat
beribadat adalah dibenarkan. Jadi rakyat Malaysia yang berbilang agama
terlindung di bawah perlembagaan yang mulia ini. Diharapkan setiap
rakyat memahami perlembagaan ini demi kesehjateraan negara.
0 comments:
Post a Comment