Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 23, 2011

MBM pertimbang lebarkan Jalan Bendahara untuk atasi kesesakan

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menimbang untuk melebarkan Jalan Bendahara sebagai usaha mengurangkan kesesakan jalan raya terutamanya pada waktu puncak, kata Datuk Bandarnya, Lawrence Lai.

Beliau berkata, cadangan untuk melebarkan Jalan Bendahara telah dipanjangkan kepadanya melalui Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina, dan ia akan dipertimbangkan.

“Kita menerima cadangan ini kerana ia baik untuk mengurangkan kesesakan teruk di jalan berkenaan dan sekiranya cadangan ini diluluskan, maka projek ini akan dilaksanakan Mac nanti,” katanya ketika ditemui semalam.

“Kita akan membawa cadangan ini untuk dibincangkan bersama ahli lembaga majlis dan sekiranya diluluskan, maka ia dapat mengubah pergerakan trafik.”

Tambahnya, MBM juga akan mengambil inisiatif untuk membina lorong pejalan kaki bermula dari pasar ikan menghala ke sebuah restoran makan segera di Jalan Bendara.

“Projek ini akan bermula minggu ini kerana beberapa bangunan baru yang dibina berhampiran jalan tersebut turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya,” jelasnya.

Beliau berkata, lorong pejalan kaki terbabit yang menelan belanja kira-kira RM300,000 merupakan salah satu usaha menarik kehadiran pelancong asing membeli-belah.

“Rata-rata pelancong asing berjalan kaki untuk mengenali atau membeli produk tempatan dan untuk tujuan itu, lorong ini dibina bagi melancarkan pergerakan orang awam,” ujarnya.

Pada masa sama, tempat letak kereta di sepanjang Jalan Bendahara akan dialihkan ke tempat lain bagi memastikan kelancaran pergerakan trafik di situ.

“Ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Bendahara, sehubungan itu ia akan dialihkan ke lokasi yang sesuai,” katanya.

  • Jalan dan jambatan Pujut 7 pun belum siap lagi
  • Dah timbus tanah untuk jalan, lepas tu dah korek lagi
  • apa criter?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP