Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 2, 2010

Telekom Miri Lambat buat Jaringan Talian di Taman Perumahan!

Tak senang duduk dan ketidakpuasan hati memaksa tangan ini untuk meluahkan perasaan yang telah lama terpendam dengan janji Telekom Miri yang berjanji dengan saya sendiri untuk mempercepatkan laluan talian telekom merentasi taman perumahan di Desa Murni Permyjaya Fasa 2 setelah 2 kali saya naik ke Telekom untuk komplen sehingga saya meniggalkan potokopi mykad sebagai salah seorang daripada wakil yang memohon untuk memohon talian telefon di kawasan perumahan itu. Mereka berkata akan membuat laluan talian di sana apabila telah ramai yang memohon talian telefon. Apakah seperti itu perkhidmatan mereka? Desa Murni fasa 1 sudah dibuat dan sebelum saya komplen itu ia belum dibuat, sampai sekarang ini sudah setahun saya sudah pindah tapi telekom belum ada lagi buat perkembangan disitu, bukan jauh! kawasan kami hanya dilalu macam itu sahaja dan dipisahkan oleh sebatang jalan sahaja dari Desa Murni Fasa 1, Fasa 2 hampir 500 buah rumah, banyak yang tidak ada talian disana!.
Banyak juga golongan berpendapat rendah tidak berkesempatan untuk menikmati pakej ini dan banyak juga golongan yang tidak sepatutnya dapat, tetapi dapat pakej ini. Pada bulan Julai 2010, saya dimaklumkan pihak Telekom bahawa pakej ini telah habis! tetapi setahu saya iklan ini masih berlanjutan.
Semasa saya memohon talian Streamyx 1 Malaysia dulu, saya disuruh menunggu sehingga di kasawan kami tersebut ada talian Telekom, sehingga sekarang tiada dan pihak telekom tersebut telah menghubungi saya supaya melupakan sahaja hasrat untuk memohon streamyx 1 Malaysia kerana pakej ini telah pun habis dan tunggu sahaja talian ada serta disaran untuk memohon pakej streamyx biasa RM60 sebulan dengan kelajuan yang sama. Tambahan pula line Celcom pun tidak kuat, sehingga saya juga telah "terminated" celcom broadband yang saya ada. Saya juga telah datang ke Celom Centre disini untuk kononya mencadangkan supaya mereka membina satu menara kecil celcom di tempat itu, (siaper ler saye nak kasi cadangan) yang hanya adalah sebuah billboard besar "Ini Adalah Wilayah Celcom", sakit hati tengok billboard tu, rasa nak bakar jer!. Masuk dalam bilik tiada line...lebih baik line di kampung sana.
Kerajaan akan menaiktaraf perkhidmatan jalur lebar atau broadband di seluruh negara
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri telah berseru untuk menaiktaraf perkhidmatan broadband di kawasan seluruh negara dengan peruntukan belanja yang agak lumayan, dan ini membuatkan saya terus menanti serta berharap ia menjadi kenyataan untuk mengubati hati penduduk disini yang rata-ratanya pengguna internet tegar seperti saya. Dengan ini kami berharap pihak Telekom Malaysia di Miri dan Celcom Miri meningkatkan servis mereka dan jangan mengharapkan keuntungan sahaja tanpa ada servis yang memuaskan. Begitu juga syarikat lain seperti Maxis dan Digi, diharapkan meningkatkan tahap perkhidmatan. Sekian Salam 1 Malysia.

4 comments:

mytipi December 15, 2010 at 11:25 AM  

Hai,
Saya pun tinggal di Desa Murni dan menghadapai masalah yang sama. Dah byk telah lakukan seperti mengadu masalah ke YB Datuk Lee, pihak SKMM dan pegawai di Telekom Miri dan Kuching semuanya tiada tindakan sewajarnya hanya janji kosong saja. Kita bagaikan tinggal di kawasan luar bandar di sebuah bandaraya.

MCM December 30, 2010 at 11:11 AM  

Ya bro, memang saya selalu naik ke Telekom, sampai photostate ic sebagai pengadu, haritu dorang kata phs 1 nak buat Jan 2011 ni, tapi saya rasa itu memang janji tai jer..tak puas hati tol, YB pun tiada tindakan..nak election nanti macam2 janji....tiang talian telefon yg paling mudah tu pun tak dapat buat

mytipi February 3, 2011 at 10:58 AM  

Hai,
Telekom kata projek telefon di Desa Murni, Permyjaya hujung tahun ni. Buat masa sekarang mereka pasang EDVO tapi untuk internet saja. Speed not bad antara 300kbps ke 800kbps, lagipun ia tak ada quota macam celcom, digi atau maxis broadband.

MCM February 10, 2011 at 8:30 AM  

Yer ke bro...bagus la kalau macam tu, tapi kenapa mesti hujung tahun ni? hari tu saya jumpa mereka di Telekom,menurut mereka,Telekom mau pasang line kat situ bagi Desa Murni Phs 2 awal tahun ni (2011) dan siap di Desa Murni Phs 1 hujung tahun lepas (2010). Hari tu Dtk Lee K S dapat selesaikan masalah elektrik dgn cepat walaupun tengah berkunjung pada TBC, laporan tiada line telefon di perumahan lambat plak tindakan. Harap sesiapa yg terdengar banyak laporan pasal Masalah ini dapat mengetengahkan isu ini kepada pihak yg berkenaan utk tindakan lanjut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP