Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 16, 2010

Permulaan agak Bagus LFC!

BPL telah pun melabuhkan tirainya, keupayaan setiap kelab telahpun ditunjukkan oleh kesemua kelab yang turun padang, namun amat terlalu awal untuk memberi penilaian kepada kemampuan sebenar setiap keserasian kelab. Namun pada lewat malam tadi Pepe Reina menghampakan penyokong Liverpool apabila bertindak kelam kabut pada minit terakhir permainan membiarkan bola masuk ke dalam gawang sendiri membolehkan Arsenal pulang ceria dengan keputusan seri 1-1, lewat malam tadi.Ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield tampak menghala kepada kemenangan untuk tuan rumah yang mendahului 1-0, penjaga gol Sepanyol mencipta rasa benci penyokong apabila melakukan kesilapan depan gawang pada minit ke-90. Terdahulu, Liverpool bawah pimpinan pengurus baru, Roy Hodgson mendahului pada minit ke-46 menerusi rembatan padu David Ngog yang langsung menewaskan penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia. Apapun, drama menarik adalah pemain baru Liverpool, Joe Cole yang dipalit kecewa besar dilayangkan kad merah pada minit terakhir babak pertama selepas kelihatan seperti rempuhan kasar ke atas pemain pertahanan lawan, Laurent Koscielny (Jersey No. 6) yang nampak seperti dia berpura-pura sahaja, dan akibatnya pada masa hujung perlawanan adalah gilirannya pula mendapat Ang Paw dari Reff! Tulah ler tu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP