Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 13, 2010

Sepanyol Juara World Cup 2010

Akhirnya pemilik Piala Dunia itu telah menepati ramalan aku dari sebelum permulaannya lagi World Cup 2010 ini. Hanya Sepanyol sahaja yang menepati ramalan diantara semua 7 pasukan pilihan sebelum ini iaitu diantaranya adalah juara bertahan, Italy, Perancis, England, Brazil, Argentina, Portugal dan Sepanyol sendiri. Disamping itu oleh kerana ketiadaan Micheal Balack, Jerman telah disingkirkan daripada pasukan pilihan bersama dengan Belanda yang prestasinya kurang memuaskan sebelum ini, namun kedua-dua pasukan ini telah mara begitu jauh berbanding dengan beberapa pasukan pilihan seperti Italy, Perancis, Brazil, England dan Argentina serta Portugal. Pasukan Asia seperti Jepun dan Korea Selatan juga amat membanggakan. Namun begitu, Pasukan yang tidak dijangka adalah Paraguay dan yang paling mengejutkan adalah pasukan negara Uruguay dapat mengatasi semuanya sehingga sampai ke separuh akhir dan mampu menempah tiket ke perlawanan akhir jika menang menewaskan Belanda tempohari. Forlan juga dinobatkan pemain terbaik. Tahniah kepada Pasukan Sepanyol diatas kejuaraan kali ini, permaianan mereka memang mantap dan lain daripada yang lain! Sepanyol memang layak untuk juara....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP