Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 5, 2010

Jerebu di Miri

Sudah 3 hari ni jerebu kuat melanda Bandaraya Miri. hari ke tiga ni ada kurang sikit kerana semalam ada hujan renyai-renyai dalam beberapa minit. Syukurlah ada dicuci sikit udara ni. Kejadian kebakaran semak dan belukar banyak berlaku di Miri terutama di area Permyjaya dan Kuala Baram. Kebakaran besar-besaran yang membaham semua belukar yang ada, belukar tersebut memang tanah yg pernah di buka oleh syarikat perumahan dan ditumbuhi belukar sementara menunggu projek pembangunan seterusnya. Semasa kemarau ni memang mudah berlaku kebakaran tambahan juga terdapat penduduk menggunakan tanah yang ada untuk berkebun dan membakar semak tersebut untuk tujuan tersebut. Menurut wakil rakyat disini, akan dibina menara tinjau di Senadin untuk meninjau kejadian kebakaran bagi memudahkan pihak bomba dan jawatankuasa yang lain untuk memantau kejadian pembakaran terbuka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Pages

asal-usul tetamu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP