Selamat Hari Thaipusam
Semalam aku dan Aweh(housemate aku dr sarawak) dibawa oleh kawan aku yang beragama Hindu, Chandran dan Muniyan ke Batu Cave untuk menyaksikan pembukaan Perayaan Thaipusam yang akan diraikan oleh mereka pada hari ini. Aku pernah ke Batu Cave sebelum ini tapi belum berkesempatan naik tangga ke Gua tersebut. Semalam adalah buat pertama kalinya aku naik tangga tersebut bersama-sama ramai pengganut agama Hindu yang naik ke atas gua tersebut dengan menjunjung susu di dalam bekas untuk dibawa ke atas sebagai persembahan mereka di gua itu. Memang aku nantikan untuk naik tangga ke Batu Caves semasa Perayaan Thaipusam, kerana jika tidak waktu perayaan tersebut, adalah tidak "feel" untuk naik ke atas. Sugguh ramai pengganut Hindu semalam menjalankan upacara keagamaan mereka, semakin jauh malam, semakin ramai yang datang. Memang terasa lenguh juga untuk sampai kesana. Semalam tidak ada Kavadi, kerana ia akan diadakan pada hari ini dan esok. Ada sedikit gambar untuk kongsi bersama disini.....Bagi semua yang beragama Hindu, saya ucapkan menyambut Hari Thaipusam, Salam 1 Malaysia.
0 comments:
Post a Comment