BBQ Hari Raya
Pada malam tadi Malam Hari Raya..kami di PPKKS mengadakan BBQ dan makan-makan untuk meraikan Hari Raya bersama anak-anak yatim yang tidak dapat/pernah merayakan Hari Raya bersama keluarga. Kebanyakan mereka ini adalah kanak-kanak yang tidak pernah dan mungkin jarang merakan merayakan perayaan bersama keluarga, kerana sesetengah mereka memang tidak ada keluarga dan sesetengah lagi pernah ada keluarga. Kami menyediakan banyak makanan, BBQ dan pelbagai lagi, mereka turut menyampaikan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan mereka ketika dijemput seorang2 untuk membuat ucapan. Selesai makan, kami turut memberi peluang bagi kanak-kanak ini bermain bunga api. Kami telah mendirikan khemah yang dikelilingi pelita buluh minyak tanah untuk menimbulkan suasana lebih indah.
- Gambar kanak-kanak kami adalah dilarang untuk di Publish kan dimana-mana media kerana ia dibawah akta kanak-kanak 2001
2 comments:
nadai pulai nuan yu???
Nadai ku pulai yu....beraya ngau bala ditu? dk dah pulai kah?
Post a Comment