Tanah runtuh: Ratusan kenderaan terkandas di Tatau
MIRI 21 Jan. - Ratusan kenderaan terkandas berhampiran pekan Tatau, kira-kira 50 kilometer dari bandar Bintulu selepas runtuhan tanah merintangi jalan raya utama yang menghubungkan pekan itu ke Bahagian Miri, Mukah dan Sibu.
Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Wan Zaizudin Wan Jaafar memberitahu Bernama hari ini kejadian tanah runtuh itu berlaku pada pukul 5.10 pagi ini di Km 45, Jalan Bintulu-Tatau.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu tetapi ia menyebabkan jalan utama berkenaan tidak boleh dilalui, katanya. - Bernama
0 comments:
Post a Comment