Daun Bungkang ataupun Ajinomoto Asli
Ini adalah daun yang pada dahulunya digunakan oleh kebanyakan masyarakat Iban / Kenyah / Kayan / Bidayuh / Kelabit sebagai bahan penyedap masakan terutamanya untuk memasak daging dan daun ubi dan sampai sekarang masih menjadi pilihan. Daun ini dikenali sebagai "DAUN BUNGKANG" di kalangan suku Iban, dan saya tidak pasti apa namanya dalam bahasa lain.
Daun ini biasa nya dicampur untuk memasak daging (masakan biasa) dan selalu digunakan memasak daging/ikan "Pansuh" (masakan dalam buluh) dan untuk masak daun ubi. Fungsi daun ini adalah untuk menyedapkan lagi masakan, menghilangkan bau hanyir sekali gus menyerikan bau masakan tersebut, melembutkan daging masakan dan mengurangkan penggunaan ajinomoto yang boleh menjejaskan kesihatan.
cara penggunaannya adalah sangat senang, masukkan sahaja beberapa helai "daun bungkang" ini kedalam masakan mengikut keperluan ataupun bagi daun yg sudah ditumbuk, hanya masukkan beberapa yang cukup sahaja.
Daun ini terdapat banyak di hutan dan di kawasan berbukit di Sarawak, di Semenanjung mungkin ada kerana tidak pernah yang mencari. Cara menghasilkannya adalah, dapatkan "Daun Bungkang" ini, kemudian jemurkan sehingga kering, kemudian disimpan di dalam bekas/plastik. Daun ini tidak mudah rosak jika di dalam keadaan kering. Ataupun daun yang sudah kering tadi boleh ditumbuk halus dan disimpan di dalam bekas.
0 comments:
Post a Comment