Valentine Day
Malam tadi aku ronda-ronda di Dataran Merdeka,KL, sememangnya banyaklah karenah dikalangan remaja pada hari yang paling dinanti-nantikan oleh mereka ini iaitu tarikh yang akan membawa sejarah kepada mereka tersendiri, 14 Februari, Hari Valentine Day.
Beberapa jam sebelum pukul 12am menjelang hari yang romantik ini, Dataran Merdeka sudah dipenuhi oleh golongan remaja ini, keadaan ini sangat menarik seperti menonton movie barat yang selalu diketengahkan dalam kebanyakan filem, tetapi sangat menyedihkan kerana ianya berlaku di Malaysia, negara kita yang pada dahulunya kita sangat mengagung-agungkan budi bahasa,budaya dan kesopanan santun rakyat Malaysia kepada dunia...tetapi sekarang kita sudah seperti setaraf negara barat yang kononnya menjadi ikutan remaja sekarang. pertanyaannya sekarang adalah....DIMANAKAH PERANAN KITA SEBAGAI IBUBAPA KEPADA REMAJA INI??...
Sangat memalukan melihat mat rempit dengan pasangan mereka bercumbuan di atas motosikal dengan gaya yang mengghairahkan di tempat awam tanpa memperdulikan orang awam dan mereka ini juga dengan jumlah yg ramai parking di bahu jalan sehingga menggangu lalulintas di jalan raya.....dan pastinya pada hari Valentine ini menjadi pesta seks rambang dikalangan remaja yang kononnya bercinta........so sad..berdoalah untuk bangsa Malaysia dan generasi ini, kerana generasi inilah sebagai penerus budaya negara ini masa hadapan...adakah ini budaya yang menjadi ikutan anak cucu kita pada 10 tahun akan datang....jawapannya ada pada kita yang terbeban dan dan mempunyai tanggungjawab atau tepuk dada tanya diri.....
(gambar MEREKA yg berkelakuan tidak bermoral itu tidak dimuatnaikan disini atas dasar menghormati dan menjaga maruah insan)...by the way...HAPPY VALENTINE TO ALL....GBU
0 comments:
Post a Comment